Search This Blog

Monday, December 10, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 18


  1. Ada seorang pembaca blog saya yang sentiasa mengemukakan komen menghentam penulisan saya. Daripada gaya komen dan bahasa yang digunakan nyata sekali, pembaca tersebut adalah penentang Kerajaan BN. Saya juga yakin, beliau adalah penjawat awam persekutuan memandangkan beliau tidak menggunakan nama sebenar. Agaknya, beliau takut kerana menentang kerajaan.
  2. Beliau mencadangkan supaya saya bersifat neutral selaku penjawat awam. Alangkah tidak adil, beliau boleh menyebelahi pembangkang, sedangkan saya diminta bersifat neutral. Saya sedikitpun tidak hairan kerana saya sedar erti keadilan kepada pembangkang. Pada mereka, keadilan adalah apabila mereka boleh buat sesuka hati.
  3. Beliau juga bertanyakan kepada saya sekiranya PR menang dalam PRU13, adakah saya akan berhenti kerja. Saya hairan, saya tahu hampir 50% rakan-rakan saya dalam penjawat awam khususnya yang bukan PTD adalah penyokong pembangkang. Bukan satahun dua, malah seumur hidup. Termasuknya insan yang selalu mengemukakan komen menyebelahi pembangkang dalam blog saya. Mengapa mereka tidak meletak jawatan?
  4. Saya ada ramai kawan-kawan di kalangan pendidik. Secara puratanya, hampir 60% adalah penyokong pembangkang. Terutama Melayu. Apabila menyokong pembangkang, mereka akan berlagak seperti hero. Tahu semua cerita tentang PM dan isteri. Sumber rujukan entah mana-mana. Kalau mahukan nama, saya boleh terus menghantar kepada KSU dan KPPM. Malah, saya juga boleh terus hantar kepada YB Menteri Pelajaran.
  5. Saya juga punya ramai kawan di kalangan perkhidmatan lain. Memang terang-terang menentang kerajaan. Kalau bercakap hanya mengutuk menteri dan PM. Konon semua orang BN ambil rasuah. Bukti mana? Kepala pakai songkok dan kopiah. Fitnah setiap hari. Apa tu????
  6. Saya juga paling banyak kawan di kalangan kakitangan sokongan. Alhamdullah, kakitangan sokongan secara puratanya menyokong kerajaan dan usaha kerajaan. Kadang-kadang kumpulan sokongan ini lebih pandai berfikir, berbanding kumpulan pengurusan dan profesional.
  7. Sebagai PTD rakan-rakan saya juga pastilah PTD. Saya bersyukur sangat sehingga hari ini tidak ada PTD yang menentang Kerajaan. Tapi, di belakang saya, mungkin ada. Namun menentang secara terang-terangan, bukan sifat PTD. Kalau kami tak puas hati, kami akan bicarakan terus kepada PM. Itu kami. PTD.
  8. Semua rakan-rakan penjawat awam saya masih lagi bekerja dengan kerajaan. Namun, saya katakan, jika PR menang PRU13, saya akan memohon untuk bersara awal. Saya ada prinsip dan maruah. Saya PTD bukan calang-calang manusia. Maruah saya jauh lebih tinggi dari mereka yang bersongkok dan berkopiah yang menentang kerajaan BN tetapi terus hadap gaji dan bonus pemberian kerajaan BN sedangkan mereka sentiasa cuba mensabotaj usaha kerajaan.
  9. Saya juga mencabar pembaca yang sentiasa meminta saya berhenti kerja jika PR menang supaya berhenti kerja jika BN terus menang dalam PRU13. Malah, semua penjawat awam yang menyokong PR sekarang patut berhenti jika BN terus memerintah. Pasti anda takut kan! Sebab anda bukan PTD. Anda harus menilai semula kualiti diri anda!!!!
  10. Anda mesti menyangka bahawa saya takbur dan berlagak kan. Sebenarnya tidak. Saya ada maruah. Saya ada prinsip. Saya pentingkan bangsa dan agama saya. Saya tidak akan sesekali bersekongkol dengan kumpulan yang akan merosakkan bangsa dan agama saya. Sekalipun saya bukan PTD, saya tetap saya. ADIOSSS

4 comments:

Anonymous said...

Saya bersyukur sangat sehingga hari ini tidak ada PTD yang menentang Kerajaan. Tapi, di belakang saya, mungkin ada. Namun menentang secara terang-terangan, bukan sifat PTD.

hahaha.. memang kalau PTD semuanya manusia hipokrit.. depan bukan main lagi pijak semut pun tak mati demi menjaga periuk nasi mengejar pangkat dan kuasa tapi belakang macam yakjuj dan makjuj.. tikam menikam sesama PTD malah menipu penjawat awam denga SBPA...

Anonymous said...

Saya bersyukur sangat sehingga hari ini tidak ada PTD yang menentang Kerajaan..

Memang PTD suka ambil peluang..itu tidak dinafikan..tidak berani menentang sebab bodek..jaga periuk nasi sebab masih dalam kerajaan.. tapi bila dak PENCEN..join pembangkang..contoh dah ada..banyak bekas KSU dah masuk pembangkang..itu bukan PTD ka Dr..

Harap-harap DR jangan plak sokong pembangkang lepad bersara nanti ok..sebab Dr pun sekarang jaga periuk nasi juga...

Anonymous said...

hahaha.. semata-mata menjaga periuk nasi sanggup jadi tukang jilat.. dasar manusia munafik..

Anonymous said...

mengapa kebanyakan kakitangan kerajaan menyokong pembangkang.. sebabnya PTD yang suka menyalahgunakan kuasa dan menindas penjawat awam lain.. pigi mampos PTD..