Search This Blog

Friday, December 14, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 20


  1. Ketika ini saya sedang berada di Vietnam. Bercuti bersama keluarga. Namun, melihatkan terlalu banyak komen dalam artikel siri 19, saya terasa hendak menyambung artikel ini.
  2. Ada 12 komen kesemuanya. Satupun tidak menyentuh soal politik. Pada saya itu petanda positif. Ertinya pembaca setia blog saya mula menerima idea saya. Sedar atau tidak sedar, saya secara tidak langsung mula menyumbang kepada politik di jalan yang benar.
  3. Ada beberapa komen yang menghentam PTD. Itu biasa. PTD kalau tidak dihina, tidak akan meningkat darjatnya. Kepada rakan-rakan PTD, kita tidak perlu memberi respon kepada komen sebegini. Nanti dalam masa satu minggu saya akan padamkan semua komen tersebut.
  4. Yang lebih menarik perhatian saya adalah luahan rasa PTD kontrak yang ditamatkan perkhidmatannya kerana gagal melepasi semua tapisan kelayakkan PTD. Nasihat saya teruskan usaha anda untuk melepasi semua kelayakkan. Biar lambat menyertai PTD, sekiranya nanti anda layak pada usia pertengahan 30an, anda masih mampu menamatkan perkhidmatan di gred JUSA C. 
  5. Malah nasihat saya, mendapatkan perkhidmatan yang begitu sukar lebih bail daripada menyertai perkhidmatan biasa yang akhirnya menyebabkan anda tidak berpuashati dengan pencapaian sendiri. Akibatnya anda hanya akan kononnya bersatu penentang para pemikir negara. 
  6. Anda juga harus ingat, PTD bukan perkhidmatan biasa yang boleh dimulakan dengan taraf kontrak atau sementara. Merayu dan merayu akhirnya ditetapkan. Itu bukan PTD. Hanya yang benar-benar layak sahaja dapat menyertai kumpulan elit ini. Bersabar dan berusaha akan berbaloi.
  7. Itu cerita PTD. Bagaimana dengan politik? Saya yakin, PTD kontrak yang gagal disambung perkhidmatan ini tidak akan menjadi penentang kerajaan. Anda telah berada dalam environment bersama orang-orang hebat selama 3 tahun. Pasti anda mampu menjadi penilai yang hebat.
  8. Untuk memudahkan anda melepasi kelayakan PTD saya nasihatkan anda mempertajamkan IQ dan EQ anda. Caranya adalah dengan berlatih berfikir melalui sudut pandang yang berbeza. Anda perlu melihat kebaikkan sesuatu perkara sebelum melihat kelemahannya. Anda perlukan sekurang-kurangnya 4 sudut pandang sebelum membuat sesuatu penilaian....sebelum membuat keputusan.
  9. Semasa saya ditemuduga, saya ditanyakan soalan mengapa saya hendak menjadi PTD? Saya kemukakan nama semua PTD yang hebat seperti Tan Sri Razali Ismail, Tun Ahmad Sarji, dan beberapa nama lain. Lantas saya ditanya apakah saya mahu jadi sehebat mereka?
  10. Pantas saya menjawab...tidak. "Saya perlu jadi lebih hebat daripada mereka kerana pada masa akan datang mereka ini tidak lagi hebat. Kehebatan menuntut peningkatan. Hanya perubahan positif sahaja yang benar-benar konstant." Itu jawapan saya. Jawapan itu membuatkan saya terus berada dalam perkhidmatan yang penuh dicemburui ini. ADIOSSSS

10 comments:

Anonymous said...

Semasa saya ditemuduga, saya ditanyakan soalan mengapa saya hendak menjadi PTD? Saya kemukakan nama semua PTD yang hebat seperti Tan Sri Razali Ismail, Tun Ahmad Sarji, dan beberapa nama lain. Lantas saya ditanya apakah saya mahu jadi sehebat mereka?
Pantas saya menjawab...tidak. "Saya perlu jadi lebih hebat daripada mereka kerana pada masa akan datang mereka ini tidak lagi hebat. Kehebatan menuntut peningkatan. Hanya perubahan positif sahaja yang benar-benar konstant." Itu jawapan saya.

kahkahkah.. nak terguling-guling baca statement dr bodoh ni.. HRMIS pun ntah apa2 dan jadi bahan kutukan dan jenaka dalam kalangan PTD dan penjawat awam ada hati kata diri tu lebih hebat.. manusia tak sedar diri.. dapat PTD pun sebab kaki kipas dan bodek...

Anonymous said...

memang sangat berbeza PTD zaman Tan Sri Razali Ismail dan Tun Ahmad Sarji kalau nak dibandingkan dengan PTD hari ini.. Dulu mereka sangat berpegang kepada integriti dan kebijaksanaan serta kepentingan negara. PTD hari ini majoriti bodoh dan kaki bodek untuk jaga periuk nasi sendiri.. pandai cakap jer dan lebih pentingkan cara jalan, cara makan daripada sifat kepimpinan dan kebijaksanaan..

Anonymous said...

Kontrak is kontrak.. kontrak bukan jaminan utk diserap ke post tetap..if PTD diberi kelonggaran, pasti semua post akan minta benda yang sama. KIte kena terima bahawa PTD ni dari lulusan yang pelbagai.. dan ada yang diantaranya mmg hebat masa interview, tp bila kerja, tak cukup kompeten dan mula la benda² yang mengarut kuar.. its about time u guys go out from the comfort zone, then masuk swasta..if u really gud, sure u can survive in private.

Anonymous said...

CADANGAN PENYELESAIAN

1. Rombakan Ke atas Jawatankuasa Kerja Pembangunan Organisasi (JKK-PO), BPO, JPA

JKK-PO telah bertanggungjawab, membuat keputusan berkaitan penyusunan semula organisasi. Pada pandangan saya Punca kuasa JKK-PO adalah tidak jelas iaitu sekadar melalui Arahan Pentadbiran Bahagian Perjawatan Bil. 5/1992 sedangkan keputusan yang dibuat JKK-PO memberi impak besar kepada penjawat awam khasnya dan kerajaan amnya. Keahlian JKK-PO dikuasai sepenuhnya oleh PTD yang akan membuat keputusan untuk pelbagai skim perkhidmatan. Pendekkata peribahasanya,Hakim Berok wujud disini.

Sehubungan itu, punca kuasa JKK-PO hendaklah jelas dan dari peringkat tinggi iaitu sekurang-kurangnya Kertas Kabinet sementara keahlian JKK-PO pula hendaklah dari semua Ketua Perkhidmatan atau wakilnya skim perkhidmatan.

2. Jawatan Terbuka

Jawatan tertinggi yang kini hanya boleh diisi oleh PTD perlu dijadikan Jawatan Terbuka iaitu Jawatan KSN. Bagi jawatan KSU dan Timbalan KSU pula ianya perlu dibuka kepada Ketua Jabatan dari jabatan atau agensi dibawah Kementerian berkenaan. Contohnya, KSU Kementerian Kesihatan adalah bekas Ketua Pengarah Kesihatan seorang doktor dan begitulah seterusnya. Ketua Pengarah Pelajaran perlu diberi peluang menjadi KSU Kementerian Pelajaran (Dulunya jawatan KP Pelajaran lebih tinggi dari KSU Pelajaran tapi kini zaman Pak Lah dah bertukar begitu juga dengan kebanyakkan kementerian – Kini kebanyakan Ketua Perkhidmatan (Non-PTD) lebih rendah pangkat dan kedudukan dari KSU Kementerian (PTD)).

Anonymous said...

3. Kajian Semula Penjawatan Sebagai SUB, KPSU dan PSU.

Amalan semasa, jawatan di atas di bahagian-bahagian di kementerian-kementerian didominasi oleh PTD kecuali Bahagian Teknologi Maklumat (ini pun setelah diperjuangkan oleh persatuan Pejusa dimana sebelum 2004 ianya dipegang oleh PTD sepenuhnya). Jawatan SUB, KPSU, PSU Bahagian di Kementerian perlu dijalankan oleh penjawat dari skim yang berkenaan. Contohnya SUB, KPSU, PSU Bahagian Kewangan perlulah seorang akauntan, SUB, KPSU, PSU Bahagian Perhutanan perlulah pegawai dari Jabatan Perhutanan. Banyak kesan positifnya, ini dapat dilihat apabila SUB Bahagian Teknologi Maklumat diberikan kepada Pegawai Sistem Maklumat. Sewaktu PTD menduduki SUB BTM, amat payah dan sukar kerana mereka ini kebanyakkanya tak tahu apa-apa terutama semasa hendak buat perolehan IT, kita buat kerja untuk dia. Kini tak berlaku lagi, SUB BTM akan beri tunjuk ajar dan nasihat kerana IT ini bidangkerja mereka, semuanya ada dalam kepala mereka.

Bagi Jabatan Pelajaran Negeri pula, dicadangkan PTD dikeluarkan dari Bahagian Perkhidmatan dan diisi oleh pegawai pendidikan yang berkelulusan Ijazah Pengurusan Sumber Manusia dan seumpamanya atau dikhaskan kepada skim N. Sementara di Bahagian Kewangan pula di isi oleh pegawai pendidikan yang berkelulusan akaun dan seumpamanya atau diberikan kepada skim W. Ini kerana tiada alasan yang kuat oleh kerajaan uintuk meletakkan PTD berkelulusan pelbagai ini di tempat berkenaan, jadi patut diletakkan ahlinya di situ.

4. Ketua Jabatan Bagi Jabatan Teknikal/Professional

Jawatan Ketua Jabatan bagi jabatan teknikal/professional perlu dikhaskan kepada ahlinya dari skim berkenaan. Sebagai contoh, adalah amat tidak patut jawatan Pengarah JAIPk, JAIS dan beberapa jabatan agama negeri lain dipegang oleh PTD yang diterbangkan dari pelbagai jabatan lain. Ini kerana pegawai-pegawai dari jabatan teknikal dan tertutup biasanya amat menjaga nama baik jabatan dan profesionalisme mereka dengan mematuhi etika profesion mereka kerana kesannya turut terpalit kepada profesion mereka.

Anonymous said...

5. Skim PTD Dipisahkan Kepada Pegawai Tadbir (N) & Pegawai Diplomatik (D).

Skim PTD perlu dipisahkan kepada dua iaitu pegawai tadbir dan pegawai diplomatik. Bagi skim pegawai diplomatik (D) hanya dibuka kepada lulusan degree hubungan antarabangsa dan seumpamanya. Penempatannya pula adalah sebagai pegawai-pegawai di Kementerian Luar Negari dan kedutaan-kedutaan di luar negera.

Bagi skim pegawai tadbir (N) pula hanya dibuka kepada lulusan degree pengurusan sumber manusia dan seumpamanya. Penempatannya pula ialah di Unit, Seksyen, Bahagian Perkhidmatan pelbagai Jabatan dan Kementerian. Keutamaan patut diberi penolong pegawai tadbir gred N17, N22 dan seumpamanya yang memiliki degree untuk menjawat jawatan ini. Ini kerana bilangan golongan ini ramai tetapi jawatan N41 adalah terhad kerana jawatan tersebut telah menjadi M41 yang diisi oleh PTD.

Jika cadangan ini diterima, PTD yang ada sekarang perlu diberi pilihan samada memilik N atau D. PTD yang sedia ada perlu juga diberi peluang untuk memasuki skim lain (teknikal/profesional) sebagaimana kelulusan degree mereka.

6. Sistem Pemilihan Pegawai Menduduki Jawatan Kanan dan Strategik Perlu Dirombak.

Kini jawatan kanan dan strategik dikuasai oleh PTD. Kaedah pemilihan untuk mencari pegawai terbaik perlu dirombak dimana amalan sekarang hanya tertumpu kepada pegawai PTD. Adakah pemilihan pegawai PTD dari kalangan lantikan baru oleh JPA dan diberi DPA oleh INTAN adalah kaedah terbaik dan tepat?.

Adalah lebih baik, pegawai terbaik dipilih dari kalangan penjawat awam dari pelbagai skim sedia ada. Kerana mereka ini telah mempunyai rekod perkhidmatan serta pengalaman kerja. Oleh itu pemilihan boleh dibuat dari kalangan pegawai gred 44 sebelum dinaikkan pangkat ke gred 48. Ini bermakna kaedah pemilihan pegawai terbaik dari kalangan lantikan baru dicadangkan dipinda kepada pegawai gred 44 untuk kenaikan pangkat gred 48. Ini juga bermakna, program DPA INTAN sebagaimana amalan sekarang dihentikan dan diberikan kepada pegawai kerajaan gred 44 untuk kenaikan pangkat Gred 48. Ini kerana gred 48 biasanya akan terlibat dengan pelbagai pengurusan. Dari kalangan mereka ini lah kerajaan mencungkil pegawai terbaik untuk ditempatkan ke jawatan-jawatan strategik di masa depan dan bukannya dari kalangan orang yang belum ada rekod perkhidmatan dan pengalaman berkhidmat dengan kerajaan.

Anonymous said...

7. Keperluan Menetapkan Tempoh Minima Untuk Naik Pangkat.

Kerajaan perlu menetapkan tempoh masa minima untuk kenaikan pangkat. Sebagai contoh, pegawai perlu berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun untuk dinaikan ke Gred 44 dan 5 tahun seterusnya untuk dinaikkan ke Gred 48. Ini bermakna seseorang pegawai perlu berkhidmat sekurang-kurang 10 tahun sebelum dilantik sebagai pegawai kanan kerajaan. Untuk Gred 52 dan keatas mungkin tidak perlu ditetapkan tempoh masa minima. Fenomena sekarang iaitu kenaikan pangkat terlalu cepat dan laju oleh PTD perlu dihentikan segera. Adakah patut berkhidmat dengan kerajaan tak sampai 5 tahun dah dinaikkan pangkat gred 48 (pegawai kanan). Inilah punca utama penjawat dari lain-lain skim merasa dipinggir dan akan menjadikan skim PTD sebagai contoh semasa membuat tuntutan dan bantahan.

Anonymous said...

PENUTUP

Tulisan ini hanya melontar beberapa isu utama dan banyak lagi isu kecil berkaitan ketidakadilan kerajaan dalam perlantikan, penempatan dan kenaikan pangkat pegawai kerajaan antaranya;

a) JPA dengan mudah dan senangnya memberi JUSA C KUP kepada PTD, sedang ramai Non PTD berkhidmat lebih 10 tahun di gred 54 tetapi tidak diberikan.
b) JPA dengan mudahnya menempatkan PTD walaupun bukan di jawatan hakikinya. Contohnya Gred hakiki 48, diletakkan pegawai gred 52. Post N48 diletakkan M48, semua JPA boleh buat dan ada je alasan dan hujahnya.
c) JPA ada jawatan pool, mana-mana PTD bermasalah akan diletakan di situ. Kerja tak buat, gaji dapat (rugi duit kerajaan). Jika dari skim lain ada kes Mahkamah mungkin dah kena gantung kerja. Untung jadi PTD, senantiasa di bela. (Contoh KP Imigresen)

Diulangi sekali lagi PTD adalah lulusan degree rojak. Dimana kerajaan telah menempatkan orang yang tidak betul-betul faham, mahir dengan kerja berkenaan ke jawatan berkaitan yang penuh berkuasa dan berstrategik. Ini punca sebenar kenapa bocor situ bocor sini, runtuh situ, runtuh sini. Gikgu tak puas hati, polis tak puas hati, Jurutera mengeluh, Doktor boring. Pegawai sosial malas nak berurusan. Harga tender menjadi tinggi dan pelbagai masalah lagi. Prinsip keadilan dalam perlantikan iaitu right person to the right job perlu dilaksanakan.

Kita tidak mahu generasi Malaysia akan datang akan dikuasai oleh seseorang atau satu kelompok kecil sahaja. Bangsa Indonesia pernah mengalami suasana seperti ini dimana Presiden dikuasai oleh Ibu Tien yang didokong oleh ABRI dan dibantu oleh golongan tauke besar. ABRI menguasai setiap inci jentera kerajaan, tauke besar menguasai segenap cerok rantau ekonomi negara. Apakah kita nak biarkan Negara Malaysia mengalami nasib yang sama seperti di atas. PM dipengaruhi oleh anak menantu yang didokong/bersekonkol dengan PTD dan dibantu oleh tauke-tauke besar. Kes video Lingam adalah bukti perkara ini boleh berlaku.

Akhirkata, kita menaruh harapan penuh kepada PR yang dijangka membentuk Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan isu ketidakadilan diatas dengan memperbaiki sistem dan kaedah sebagaimana yang dicadangkan. Kami telah putus harap dengan Pak Lah dan Najib. Sementara Ku Li dan Muhyidin jika jadi PM dan TPM belum tentu akan ambil tahu perkara ini.

Sekian, terima kasih

Anonymous said...

Salam,

Betul tu..ada diskriminasi dalam JPA.. Mereka akan 'tapis' kerja yg berkaitan dengan skim org lain tetapi bila skim PTD, mereka akan 'lajukan' seolah olah kuasa di tangan mereka. Mereka bukanlah bagus sangat pun.. berlagak aje lebih. Cuba lihat pegawai pegawai atau pengarah yg dari golongan PTD samada berpangkat besar ataupun tidak...perangai mereka berlagak. Contohnya mereka ini bukannya suka turun ke kampung kampung kecuali la bila menteri turun! Ada pegawai yg tidak tahu apa apa pun tentang kerjayanya. Bila di letakkan di sesuatu kementerian, dia sekadar menghabiskan masa sain surat dan hadiri majlis! betul tak? Boss saya pun macam tu jugak...sain surat...hadir majlis...hadir majlis...sain surat! Budak pejabat pun boleh buat kerja tu... Bila pergi mesyuarat, balik PA claim...ribu ribu..Hasil mesyuarat tak di bentangkan walaupun fotostat! Bila pergi mesyuarat, balik tu kena bagitau la hasilnya..Ini claim cepat la.. Kerajaan kita menghabiskan terlau banyak duit untuk seminar,mesyuarat dan berkaitan org besar besar ni! Duit ini boleh di gunakan untuk buat rumah org miskin. Peruntukan pengurusan boleh di tukar kepada bantuan rakyat miskin. Cuba perhati tengok di hujung tahun bila peruntukan berlebihan, pada masa inilah boss menjadi 'gila babi'! Habis duit ikut suka hati! Program sana dan sini berjalan..AG lepas jugak bayaran dan sebagainya....Betul ka?
Inilah sesuatu yg membazir... Rakyat masih miskin dan papa kedana akibat sistem pengurusan oleh PTD PTD yg terhormat ini!

Anonymous said...

Kebanyakan PTD pandai putar belit untuk selamatkan diri mereka. Mereka tidak akan memberi ruang untuk ditegur, malahan akan kembalikan urusan kerja yang tidak selesai kepada skim lain.

Di dunia, PTD adalah champion, namun dalam KUBUR, belum tentu dapat putar belitkan soalan2 malaikat.

WAlam.