Search This Blog

Sunday, December 23, 2012

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI - AKHIR


  1. Selama 22 siri saya menulis mengenai Kempen Politik Kedai Kopi. Asalnya idea untuk menulis siri ini selepas saya mendengar para penyokong PAS sibuk bercerita tentang keburukan kerajaan BN di sebuah kedai kopi di Taman Desa Rhu. 
  2. Tercetus idea untuk saya memulakan penulisan dengan bertanyakan persoalan demi persoalan kepada pembaca. Dari semua cerita yang dibincangkan, saya mengemukakan beberapa soalan untuk maklumat lanjut. Khususnya mengenai asal usul info yang diterima. Malangnya, tiada punca maklumat sahih. Semua bermula dari cerita kepada cerita.
  3. Paling mahalpun, info yang dibincangkan berasal daripada Harakah atau Tabloid Keadilan. Maka, pada saya seseorang perlu tampil untuk membetulkan kesahihan berita. Perlu untuk kita mencari kesahihan berita. Ianya adalah satu kewajipan. Malah, haram pula menyebarkan berita yang tidak sahih. Mudah menjadi fitnah.
  4. Sehingga siri 22, saya buka semua komen untuk manusia 'yang baling batu sembunyi tangan'. Golongan ini begitu pantas menghina saya sebagai pembodek dan penjilat kerajaan. Hairannya, saya tidak pernah memanggil mereka sebagai pembodek atau penjilat DAP dan Keadilan. Padahal, mereka adalah penyokong tegar pembangkang dan kakitangan awam.
  5. Kemudian, saya mahukan alamat emel pemberi komen. Tidak ada komen yang masuk selama satu minggu. Kalau kita berani mengemukakan pendapat, kita perlu dedahkan nama kita. Itu tandanya kita yakin dengan pendapat kita. Jika kita memberi pendapat secara sembunyi, kita sebenarnya tahu pendapat kita itu salah. Maka, kita hanya lebih kepada membuat provokasi. Pembaca semua mesti tahu ahli parti mana yang pandai membuat provokasi?
  6. Pada saya angka 22 adalah nombor tercantik untuk menamatkan siri ini. Namun, saya perlu terus menulis. Kali ini saya tidak memilih POLITIK. Saya juga tidak arif tentang Islam. Kerana saya MELAYU, maka saya akan bicarakan tentang bangsa saya.
  7. Kita perlu tahu MELAYU itu apa? Berapa banyak harta MELAYU yang dirampas oleh penjajah durjana? Kepada siapa harta rampasan tersebut diberikan? Mengapa MELAYU terus mundur sehingga DEB pada akhir 80an? 
  8. Hari ini kita sebaik sahaja kita sedar, MELAYU telah berwajah baru. Melayu penuh di bandar-bandar. Melayu memenuhi lebih 50% di IPT. Melayu sudah lain. Melayu telah maju. Melayu bukan sahaja menguasai politik, malah Melayu mula menguasai ekonomi.
  9. Dari segi kebendaan, Melayu hampir ada segala-galanya. Telah ada banggunan tinggi atas nama Melayu. Telah ada kongelemerat Melayu dan berjaya di luar negara. Telah ada berlambak, Profesor berbangsa Melayu. Bercambah penulis Melayu yang kaya raya. Sebut sahaja semua bidang, pasti ada Melayu yang kaya.
  10. Kalau kita tahu sejarah sebenar, jika semua harta Melayu tidak dirampas oleh penjajah durjana, dan diserahkan kepada bangsa lain, sekurang-kurangnya 30% Melayu telah menjadi billionaire. Dalam siri satu nanti, saya akan ceritakan mengenai satu bandar sepenuhnya milik Melayu, dirampas dan kemudian sepenuhnya menjadi milik Cina. ADIOSSSS

No comments: