Search This Blog

Sunday, December 23, 2012

MELAYU - MELAYUKAH AKU?


  1. 1 .  Melalui 4 buah buku kita boleh cuba memahami siapakah Melayu. Buku tersebut adalah Hikayat Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja-raja Pasai, dan Hikayat merong Mahawangsa. Keempat-empat buku ini ditulis lebih dari 600 tahun.

    2.  Mengikut Tun Sri Lanang yang berkhidmat sebagai Penulis dan Pemikir kepada Sultan Alaudin Riayat Shah, Johor, kesemua buku-buku ini ditulis sekitar 1612 sementara kerya asalnya adalah pada tahun 1536.

    3.  Walau apa pun bahan bertulis tentang Melayu, Melayu sebenarnya telah wujud di dunia ini lama sebelum itu. Tarikh menjadi tidak penting. Legasi itu lebih penting. Tidak guna kita mencari bilakah Melayu wujud di dunia atau di Malaysia, hakikatnya, Melayu pernah menerajui dunia sekitar tahun 1400 dulu.

    4.  Merujuk Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.

    5. Di samping Perkara 160(2), Melayu turut ditakrifkan di bawah Perkara 89(6) yang menyatakan bahawa seseorang itu disifatkan sebagai seorang Melayu bagi maksud merizabkan tanah di bawah undang-undang bagi negeri mereka bermastautin. Perkara ini menjelaskan bahawa takrifan Melayu itu boleh dipecahkan kepada dua, iaitu berdasarkan sosiobudaya dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. (Nazri Muslim, pensyarah Pusat Pengajian Umum, UKM)

    6.   Beragama Islam memang jelas dan mudah difahami. Islam itu berlandaskan dua perkara iaitu rukun iman dan rukun islam. Islam dirujuk kepada Al-Quran, Sunnah, dan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Malaysia. Melanggari salah satu hokum tersebut, maka terkeluarkanlah Islam. Apabila terkeluar Islam, maka, hilanglah Melayunya.

    7.  Persoalan terjadi bagi istilah ‘mengamalkan adat resam Melayu’. Sehingga kini, tidak ada buku khusus yang menjelaskan maksud sebenar adat resam Melayu. Memandangkan Islam itu adalah satu cara hidup, maka adat resam Melayu lebih dekat apabila dirujuk dengan amalan kehidupan seorang Islam.

    8.  Di Malaysia, Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam. Kalau kita fikirkan, Islam datang ke Malaysia selepas zaman Khalifah Arrasyidin. Islam tidak datang terus melalui perutusan Rasulallah SAW seperti di China dan India. Namun, Islam datang melalui perdagangan melalui India atau China.

    9.  Menghairankan, mengapa Melayu di Malaysia boleh 100% Islam, sedangkan di tempat yang penghuninya bukan Melayu, bilangan yang menerima Islam kurang 30%. Kalau kita fikirkan, Melayu memang telah bersatu walaupun sebelum kedatangan Islam. Islam datang hanya untuk memperkukuhkan Melayu. Islam tidak datang untuk memecahbelahkan Melayu.

    10. Jadi, kalau kita gunakan Islam untuk memecahbelahkan Melayu, apakah kita Islam? Atau kita hanya menggunakan Islam mengikut acuan kita sendiri? Bukankah Islam itu telah jelas dalam Al-Quran dan Sunnah? Melayukah kita bila kita gunakan agama untuk memperkecilkan bilangan Melayu yang berjaya? ADIOSSS

No comments: