Search This Blog

Thursday, December 27, 2012

MELAYU - BANGGAKAH AKU!


1.       Kalau kita melihat keadaan orang-orang Melayu dahulu, saya pasti ramai di antara kita akan menyesal dilahirkan sebagai Melayu. Melayu sebenarnya telah mencapai puncak tamadun pada zaman Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Ketika itu, Melayu bukan sahaja raja kepada segala bangsa, tetapi Melayu adalah raja dalam ketenteraan dan perdagangan dunia.

2.    Tamadun ini dimusnahkan melalui penjajahan demi penjajahan. Dari tahun 1511 sehingga 1800, satu demi satu bangsa memusnahkan tamadun Melayu. Kemudian, Melayu cuba bangun. Kedatangan British dengan dasar pecah dan perintah, membuatkan Melayu semakin lara.

3.     Kemuncak kemiskinan Melayu berlaku pada pertengahan Penjajahan British. British terus merampas hak Melayu dan diserahkan kepada bangsa lain dengan menggunakan alasan pembangunan ekonomi. (Rujuk sejarah Larut, Sungai Ujung, Lukut, dan Sungai Lembing – Asalnya milik Melayu). Harta tersebut diserahkan kepada satu kaum pendatang ketika itu, sehinggalah selepas merdeka, kaum tersebut menjajah Melayu di bumi sendiri melalui kuasa ekonomi.

4.     Kehilangan paling besar harta Melayu adalah kehilangan lima buah negeri di Selatan Thai kepada Siam. (Rujuk perjanjian Bangkok). Akibatnya, Melayu di lima buah negeri ini terus menjadi hamba di bumi sendiri sehingga sekarang.

5.     Melayu juga yang berjuang untuk memerdekakan Malaysia. Puluhan nyawa terkorban sebagai syahid. Apa jua platform perjuangan sama ada politik, bangsa, mahupun agama, objektifnya tetap satu. Untuk memerdekakan negara ini.

6.    Merdeka hanya satu terminology. Merdeka adalah wadah hebat untuk mengembalikan ketamadunan Melayu. Melayu ketika itu sedar, hanya melalui kemerdekaan, tamadun Melayu akan kembali terbina. Kerana itu, Malayu adalah pejuang sebenar kemerdekaan Malaysia, namun kaum lain yang disemai rasa cintakan negara, turut sama berjuang menjelang 1950an. Hampir 200 tahun selepas Melayu berjuang.

7.     Selepas merdeka, Melayu bukan sahaja membina negara, tetapi membina semula bangsa yang berates tahun tersiksa ini. Satu demi satu mercu tanda Melayu lahir di Malaysia. Bermula dengan pendidikan, jaringan perniagaan, pewujudan konglomerat, dan pemikir-pemikir hebat, Melayu mula kelihatan di mata dunia.

8.    Siapa sangka, Melayu kembali menerajui syarikat perladangan milik penjajah, syarikat perkapalan milik penjajah, syarikat pemotoran milik penjajah, nenerajui universiti, perkhidmatan awam, dan sebagainya. Dalam masa 50 tahun, Melayu mula membina semula harta dan maruah yang dirampas selama hampir 500 tahun.

9.    Memang banyak yang berjuang untuk kemerdekaan. Namun yang paling berjaya adalah UMNO. Memang banyak yang menyumbang untuk pembangunan negara, namun yang paling banyak adalah UMNO. UMNO itu bukan hebat mana pun. Namun keramat pada huruf M itu yang menyemarakkan semangat juang. M itu adalah Melayu.

10.   Melayu itu adalah Islam. Islam itu adalah Melayu. Itu konteks Malaysia. Jadi, sebut sahaja Melayu, kita sebenarnya Islam di Malaysia, namun sebut Islam, kita tidak semestinya Melayu di Malaysia. Kerana itu, saya amat bangga menjadi Melayu. Anda bagaimana??? ADIOS

No comments: