Search This Blog

Saturday, December 29, 2012

MELAYU - BERSATUKAH KAMI?


  1. Di dalam satu seminar yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1966, ketika membincangkan sebab-sebab lemahnya pencapaian pelajar-pelajar Melayu, Tun Mahathir percaya pengaruh keturunan dan alam sekitar sebagai faktor-faktor penyebab utama. Beliau tidak dinafikan bahawa lain-lain faktor seperti dasar pelajaran, kemudahan yang tidak mencukupi, kekurangan guru serta guru yang tidak cukup terlatih turut memainkan peranan dalam meningkatkan lagi peratus kegagalan di kalangan pelajar Melayu. 
  2. Profesor Ungku Aziz pula mentakrifkan bahawa orang Melayu memang pada lahiriahnya adalah bersifat inferior atau rendandiri. Oleh kerana sifat ini dikatakan terdapat dalam zuriat orang Melayu maka ini ber makna akan kekal turun-temurun. 
  3. Di mana silapnya? Inilah soalan yang akan ditanyakan oleh orang-orang yang bersimpati atau mempunyai minat terhadap Malaysia selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Di mana silapnya, di dalam sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang bahasa dan berbilang agama yang telah menikmati keharmonian dan kerjasama selama 12 tahun sebelum itu, hingga menyebabkan toleransi dan kefahaman kukuh yang dibina dengan tiba-tiba hancur, hinggakan kaum-kaum tersebut mula memandang dengan penuh curiga serta menolak cara hidup yang telah wujud sejak sebelum Merdeka lagi? Di mana silapnya hingga menyebabkan orang Melayu dan orang Cina, dua kaum yang terbesar di Malaysia, begitu terpisah hinggakan sebuah kerajaan yang autoritarian dan usaha pemimpin-pemimpin kebangsaan tidak dapat memperbaiki persengketaan ini.
  4. Sebelum kedatangan orang-orang Portugis, memang sudah ada orang bukan Melayu di Melaka dan Kedah. Ramai juga di antara mereka itu adalah orang Cina. Setakat yang diketahui hubungan di antara orang Melayu dengan orang Cina adalah dianggap baik. Keadaan begini mudah difahami kerana selalunya kalau di tempat-tempat yang tidak ramai orang Cina, mereka akan mengelak dari melakukan sesuatu yang boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu. 
  5. Hakikat ini menerangkan mengapa pertelingkahan kaum tidak pernah berlaku di negeri Kelantan, Trengganu dan Kedah. Sudah tentunya orang-orang Cina telah mengalami layanan-layanan yang kurang menyenangkan, tetapi 'mereka akan cuba mengelak untuk menaikkan kemarahan Melayu. Orang Cina dan lain-lain kaum telah mempelajari bahasa dan cara hidup orang Melayu. Oleh itu persengketaan jarang berlaku, dan kalau berlaku tidak pernah berpanjangan.
  6. Di bawah pemerintahan British orang Melayu hidup terpisah dari orang Cina dan India, kecuali pertemuan singkat pada waktu siang. Sebahagian besar orang Melayu, terutama yang tinggal di kawasan desa tidak pernah bersuamuka dengan orang Cina, dan begitu juga keadaan sebaliknya bagi orang Cina yang tinggal di bandar-bandar besar dan di kawasan lombong bijih. 
  7. Pada waktu itu memang tidak berlaku pergaduhan kaum secara besar-besaran, namun tidak pula boleh dikatakan bahawa wujud harmoni dan toleransi antara kaum. Orang-orang yang hidup jauh terpisah di antara satu sama lain tidak semestinya hidup mesra. Kalau tidak ada sengketa, hakikatnya ialah kerana tidak ada peluang untuk bersengketa. Apa yang wujud ialah kesedaran tentang kehadiran masing-masing, dan kesedaran yang kurang menyenangkan ini sudah cukup untuk menghalang pergaulan yang lebih rapat. Bibit-bibit persengketaan sebenarnya sudahpun ada, cuma is tidak sempat membesar kerana disekat oleh kuasa British.
  8. Perkara (1) hingga (7) adalah olahan semula saya berasaskan buku Malay Dilemma. Kesemua struktur yang disebutkan tadi membuatkan Melayu telah merasakan mereka sebenarnya telah bersatu. British telah membuatkan Melayu berasa selamat. Sementara kerajaan Melayu sebelum itu telah berjaya membuatkan Melayu berasa berkuasa.
  9. Hakikatnya, Melayu sendiri tidak pernah menilai penyatuan sesama Melayu. Tidak pernah memikirkan sebab mengapa Melayu perlu bersatu. Tidak pernah mencari kebaikkan melalui penyatuan Melayu. Melayu terus leka dengan perasaan 'berkuasa' dan 'selamat' yang diwujudkan dalam jiwa mereka. Melayu terus leka dalam perasaan yang diwujudkan hasil dari dasar pemerintahan penjajah.
  10. Melayu itu Islam. Islam itu adalah 'tali Allah' yang sepatutnya menyatukan umatnya. Namun di Malaysia, Islam itu gagal menyatukan umat walaupun bangsa yang sama. Dalam konteks ini, kita harus menilai Islam sebagai satu Agama dan orang Islam sebagai manusia. Nyata sekali, pada Melayu, Islam dan orang Islam itu adalah dua perkara yang jauh berbeza. ADIOSSSSS

No comments: