Search This Blog

Sunday, December 30, 2012

MELAYU - FREKUENSI KESILAPAN


  1. Keharmonian antara kaum di Malaysia sebenarnya tidaklah tulen bahkan juga tidak berakar umbi secara mendalam. Apa yang dianggap sebagai harmoni ialah tidak adanya perselisihan kaum secara terbuka. Kalaupun tidak ada perselisihan kaum, bukanlah semestinya kerana kurang kemahuan atau tidak ada alasan-alasan untuk menimbulkan perselisihan. Sebenarnya ini adalah kerana kurangnya keupayaan untuk bersengketa secara terang-terang.
  2. Jika diterima hakikat bahawa memang sukar mewujudkan keharmonian sejati antara kaum, maka lebih senang untuk membuat urutan sejarah mengenai hubungan orang Melayu dengan bukan Melayu dan menerangkan mengapa perselisihan kaum berlaku. Kemudian mudah dicarikan jalan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan kepada cara hubungan yang sedia wujud. 
  3. Penjajahan membuatkan Melayu merasa amat kecewa . British mencadang kan supaya orang Cina dan India diberi hak yang sama dengan orang Melayu dalam gagasan baru Malayan Union tanpa menghormati hak asal Melayu. 
  4. Keadaan ini sebenarnya adalah titik mula keretakan hubungan Melayu-Cina. Keadaan ini menjadi lebih rasional dan berterusan berikutan kesedaran umum  Melayu tentang hak mereka di bumi sendiri. Sejak dari itulah sikap Melayu-Cina bertukar menjadi isu politik negara yang mustahil untuk  diselesaikan bukan di peringkat tempatan tetapi di peringkat pihak berkuasa yang paling tinggi di negara ini. 
  5. Hanya pada waktu hampir Merdeka nampak seperti ada harmoni antara kaum di Tanah Melayu. Sebelum itu, apa yang sewenangnya dikatakan perpaduanantara kaum sebenarnya mempunyai makna lain — iaitu tidak ada sengketa secara terang-terang. Faktor-faktor yang menyebabkan tidak adanya sengketa ini lebih didorong oleh desakan luar yang lebih bersifat keakuan.
  6. Kemerdekaan pada tahun 1957 datang dengan penuh dengan harapan. Pembinaan kerjasama antara orang Melayu dan orang Cina semasa menuntut kemerdekaan nampaknya telah mendatangkan hasil yang baik. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan semasa kemerdekaan telah mendapat sokongan majoriti dari rakyat ber bagai kaum di Tanah Melayu. 
  7. Kewujudan  pembangkang ketika itu adalah lemah dan berpecah-belah, dan mereka hanya mempunyai seorang wakil di dalam badan perundangan tertinggi. Asas perjuangan pembangkang adalah untuk mengambilalih semula kuasa atas dasar ketidakpuasan hati atas pemberian hak yang tidak sama antara kaum. 
  8. Sedangkan kerajaan pada masa itu mahukan semua kaum di Malaysia sedar akan sengketa masa lalu dan amat berhati-hati agar tidak membangkitkan masalah perkauman. Lagipun, mereka terpaksa ber pegang kepada janji-janji dan persetujuan-persetujuan yang telah dieapai sebelum Merdeka, terutama untuk mengurangkan permusuhan antara kaum.
  9. UMNO, yang menjadi teras kepada Parti Perikatan dan dan landskap negara bangsa Malaysia mempunyai halatuju yang jelas dan lebih bertanggungjawab. UMNO dan Perikatan mula membina sebuah negara yang mampu dikongsi oleh sesiapa sahaja dengan mengurangkan jurang perbezaan antara kaun dari semua aspek kehidupan.
  10. Ketamakan pembangkang dengan memainkan sentimen perbezaan hak telah mewujudkan pergaduhan kaum yang berlaku pada 13 Mei, 1969. Mengambil kesempatan dengan kuasa ekonomi yang ada pada mereka, ada kaum yang telah dimanipulasikan kononnya, wang boleh beli kuasa. Akibatnya, ratusan ribu nyawa terkorban. JANGAN BIARKAN PERKARA INI KEMBALI DI MALAYSIA. ADIOSSS

No comments: