Search This Blog

Tuesday, January 1, 2013

PEMBUBARAN PARLIMEN


  1. Ramai pemerhati politik meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada 15 Januari 2013. Kalau dilihat di takwim, tarikh tersebut adalah hari Selasa. Pembangkang begitu tertarik dengan tarikh pembubaran Parlimen untuk merancang strategi bagaimana untuk terus menambah kerusi milik mereka di parlimen.
  2. Sehingga 2012, Parlimen telah mempunyai Penggal ke-5, Parlimen ke-12 yang tamat pada 26 November 2012. Tumpuan pada ketika itu adalah untuk meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013. Perlanjutan tempoh persidangan adalah semata-mata untuk meluluskan undang-undang tersebut untuk memudahkan urusan pentadbiran di semua kementerian dan agensi kerajaan. 
  3. Kuasa membubarkan Parlimen adalah kuasa Yang DiPertuan Agong. Begitu juga dengan kuasa membubarkan DUN adalah kuasa Sultan atau TYT negeri masing-masing. Ertinya tidak ada perkaitan langsung di antara pembubaran Parlimen dan DUN.
  4. Sebelum PRU12, pembangkang telah memulakan langkah awal menjelang pilihanraya. Walaupun ketika itu, tarikh pembubaran Parlimen belum pasti. PM pada ketika itu selalunya menanti ilham untuk membubarkan Parlimen. Pembangkang akan mencipta beberapa banyak isu dan bilangan isu akan kembali meningkat secara mendadak menjelang pembubaran Parlimen.
  5. Namun kali ini, BN semakin bijak. BN tidak lagi menanti ilham untuk membubarkan Parlimen. Namun saya percaya BN mula mencari calon yang paling baik dan paling bersih untuk diletakkan di kawasan-kawasan tertentu.
  6. Dalam PRU13, saya percaya 30% calon BN merupakan muka baru yang tidak semestinya 'orang politik'. Sebaliknya calon ini adalah calon yang tidak punya sebarang kes yang mampu dikorek dan dicipta oleh pembangkang. Pembangkang pula sibuk mengorek itu dan ini. Malah mencipta pelbagai isu yang boleh mengalih perhatian pengundi.
  7. Antara isu yang paling popular adalah Hudud. Menjelang pilihanraya, PAS akan menjaja hudud ke sana sini. Yang menghairankan setelah lebih 20 tahun memerintah Kelantan, Hudud terus terperap dalam ketayap ustaz mee segera PAS. Begitu juga di Kedah. Hudud hanya membotakkan bukit dan hutan balak di Tasik Pedu.
  8. Kemudian akan disusuli dengan isu kafir mengkafir. PAS akan memperincikan Islam mengikut takrifan ulamak mereka. Maka ramailah Umat Islam yang dikafirkan. Hanya sebilangan Umat Islam yang kekal Islam di bawah kacamata PAS. Apabila ada kritikan, PAS akan memperlekehkan pengkritik itu sehingga ke tahap binatang. Namun, PAS terus mendabik dada sebagai Pengamal Islam Sejati.
  9. Kemudian pula timbul isu penggunaan kalimah Allah. DAP akan menjadi dalang dalam isu ini. Beberapa tokoh ekstremis Cina akan menggunakan agama Kristian untuk menggunakan kalimah Allah. Sedangkan di Rome, Sepanyol dan kebanyakkan negara Eropah isu ini tidak pernah timbul. Malah Yahudi sekalipun, tidak pernah menimbulkan isu ini. PAS dan PKR akan berdiam diri.
  10. Sebenarnya pembangkang boleh membubarkan empat DUN iaitu Selangor, Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang pada bila-bila masa. Itu kuasa mereka. MB atau KM boleh memohon kebenaran Sultan atau TYT. Empat negeri ini boleh membuat Pilihanraya DUN awal. Namun, mereka menolak. Sebabnya mudah, mereka tahu kemungkinan untuk mengekalkan kuasa adalah kecil. Hanya pemerintah yang banyak buat kesilapan sahaja, takut untuk bertanding semula. Kenapa kita tidak pernah berfikir????ADIOSSSS

No comments: