Search This Blog

Friday, January 4, 2013

UNIBANGSA VS MULTIBANGSA


  1. Sebelum merdeka sehingga 2013 menjelang hanya ada dua bentuk parti politik di Malaysia. Pertama, parti politik yang berasaskan satu bangsa atau unibangsa. Kedua, adalah parti politik yang berasaskan pelbagai bangsa atau multibangsa. 
  2. Asas kemerdekaan negara diperjuangkan oleh parti unibangsa. Bermula dengan kebangkitan semangat nasionalisma di kalangan orang-orang Melayu. Sehingga tertubuhnya API dan AWAS. Kemudian Dato' Onn menubuhkan UMNO apabila semangat ini merebak ke seluruh negara. 
  3. Perjuangan UMNO mencapai kemuncak dengan kehadiran beberapa orang cendiakawan Melayu yang berjuangan dengan menggunakan akal. Kemudian, bangsa lain mula menyokong penyatuan ini dengan menubuhkan parti yang berasaskan bangsa mereka. Maka tertubuhkan MCA dan MIC.
  4. Gabungan tiga parti berasaskan bangsa ini telah mencapai kata sepakat yang benar-benar unik di dunia. Kesepakatan ini dipanggil 'kontrak sosial'. MCA dan MIC mengiktiraf UMNO sebagai pemilik negara, sementara UMNO mengiktiraf MCA dan MIC sebagai rakan kongsi pintar.
  5. Kita tidak pernah mendengar desakan daripada MCA dan MIC yang bersifat bukan-bukan. Meminta kesamarataan hak dan kebebasan menggunakan kalimah ALLAH. Ini adalah kerana sebagai rakan pintar, MCA dan MIC sepatutnya bertindak pintar. Sehingga sekarang, kedua-dua rakan kongsi ini berjaya menunjukkan kepintaran masing-masing.
  6. Sejarah penubuhan parti multibangsa bermula sejak 1955 lagi. Dato' Onn sendiri adalah orang pertama yang membuka idea untuk menubuhkan parti sebegini. Parti multibangsa pertama di Malaysia adalah Parti Negara. Hayat parti ini hanya bertahan selama 3 tahun. 
  7. Modus operandi Parti Negara adalah sama dengan modul operandi PKR. Parti Negara hanya berjuang untuk memenangi pilihanraya 1955 dan 1957. Akibatnya, pengikut akhirnya sedar, kesamarataan hak pelbagai bangsa akan terwujud apabila pelbagai bangsa berada dalam satu parti. Orang Melayu akhirnya mendesak untuk Parti Negara dibubarkan.
  8. Kemudian muncul PAS. PAS sebenarnya adalah parti multibangsa kedua di Malaysia. Juga ditubuhkan oleh Dato' Onn. Apabila kehilangan sokongan Melayu, beliau menggunakan agama untuk meraih sokongan. Maka, PAS berjuang, kononnya untuk menegakkan Islam di Tanah Melayu. Sedangkan, pada masa tersebut, asas perjuangan UMNO adalah Islam dalam Melayu.
  9. PAS wujud sehingga ke hari ini sebagai parti multibangsa tertua di Malaysia yang masih kekal berjuang. Kalau diteliti, PAS sebenarnya adalah Parti Islam Melayu. Tidak ada Cina Muslim atau India Muslim, atau mana-mana Muslim selain Melayu yang menduduki senat kepimpinan PAS. Malah, PAS lebih bersifat kenegerian, apabila lebih 80% pemimpin hanya didominasi oleh bangsa Kedah, Kelantan, dan Terangganu.
  10. DAP pula wujud setelah Singapura dikeluarkan dari Malaysia. DAP adalah warisan PAP. Perkataan demokratik dalam DAP itu sendiri menggambarkan bagaimana dan apa sebenarnya asas perjuangan DAP. Menuntuk hak yang sama untuk semua bangsa di Malaysia. DAP berjaya di bandar. Sokongan padu datangnya daripada kaum Cina yang mahu memerintah Malaysia secara bersendirian.
  11. Tahun 1969 merupakan kejayaan besar DAP dalam pilihanraya. Tidak ada calon Melayu yang menang atas tiket DAP. DAP memerintah Selangor dan Kuala Lumpur. Tapi, apakah benar kuasa menjamin kemakmuran. Sehingga kini, calon Melayu DAP akan kalah sekalipun bertanding di kubu kuat DAP. Maka, sebenarnya, parti multibangsa tidak pernah secara hakikatnya wujud di Malaysia. ADIOSSSSS

No comments: