Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

MENILAI CALON BN-PR: SATU DISKUSI


  1. Berdasarkan PRU-12, terdapat perbezaan yang nyata dan ketara di antara pemilihan calon BN dan PR. Mahu atau tidak mahu, calon ada masanya sangat signifikan dengan kemenangan parti yang bertanding.
  2. Banyak nama-nama yang tidak dikenali tiba-tiba mewakili DAP, PAS, dan PKR. Sebaliknya, nama-nama yang telah dikenali umum masih mewakili BN. Nama-nama seperti Gobourne, Ibrahim Ali, Eli Wong, John Fernandes, serta beberapa nama lain tiba-tiba muncul sebagai calon PRU-12.
  3. Kalau kita perhatikan, PAS, DAP, dan PKR meletakkan calon untuk menang dalam pilihanraya. Kerana itu ada calon yang sama bertanding untuk DUN dan Parlimen seperti Look Siew Fook, LGE, Hadi Awang, dan sebagainya.
  4. Pada PR menang dulu, mentadbir cerita kedua. Kerana itu kemenangan PR di Perak telah mewujudkan suasana huru-hara. Tiada calon yang berkelayakkan untuk menjadi MB. Atau mungkin juga tidak ada calon yang disukai puak pakatan. Keadaan yang sama juga akan berlaku di NS, Melaka, dan Johor sekiranya PR menang di negeri-negeri tersebut.
  5. Pada BN kebolehan mentadbir menjadi kritiria utama. BN cuba untuk mengekakalkan status quo calon yang mewakili komponen partinya. Menang bukan tujuan utama BN, sebaliknya, apa yang hendak dilakukan setelah menang menjadi agenda utama BN.
  6. Untuk menang PRU, PR akan mencalonkan siapa sahaja calon yang mampu mengubah gelombang pemikiran rakyat. Gobourne (DAP-Petaling) sebagai contoh yang membangkitkan isu perlantikan hakim telah dipilih dan menang Parlimen tersebut. Eli Wong (PKR) diangkat daripada pejuang jalanan dan menang. Ibrahim Ali (PAS) diangkat berdasarkan populariti dan menang.
  7. BN sebaliknya terus memberi kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin komponen parti. Sammy Vellu (MIC) terus bertanding dan kalah. Khairy (UMNO) bertanding dan hampir kalah. Malah banyak calon-calon MCA kalah dalam PRU-12.
  8. BN sebenarnya masih tidak belajar bagaimana peranan calon untuk membawa kemenangan. Ustaz Nasa tidak ditawarkan sebarang kerusi walaupun beliau adalah calon boleh menang. YB Zul Nordin tidak ditawarkan kerusi. YB Ibrahim Ali tidak ditawarkan kerusi. Malah banyak lagi calon lari daripada PR tergolong sebagai calon boleh menang dipandang sepi oleh BN.
  9. Sebaliknya PR terus menonjolkan calon lari daripada BN seperti Sheikh Kadir, Chua JM, dan sebagainya. Malah PR terus menonjolkan artis sebagai bakal calon. Abby Abadi, Bob Lokman, Hairi Othman terus diberi tempat dalam kempen-kempen PR. 
  10. Antara boleh menang dan boleh mentadbir, ada garisan nipis yang menjadi pemisah. Boleh menang akan menguntungkan parti, sementara boleh mentadbir akan menguntungkan rakyat. Namun, rakyat yang sentiasa menerima keuntungan tidak akan pernah merasa nikmat keuntungan. Maka, kebarangkalian calon boleh mentadbir akan menang sentiasa lebih kecil berbanding calon boleh menang. ADIOSSSS

No comments: