- Dalam pada kita menunggu dan penuh ternanti-nanti tarikh Parlimen akan dibubarkan, Kerajaan PKR Selangor telah membuat satu pengumuman penting. Selangor akan membubarkan DUN selepas Chap Goh Mei. Namun tarikh tepat tidak dinyatakan.
- Selang sehari berikutnya, beberapa buah negeriyang diperintah oleh PR terus menyatakan mereka tidak bercadang untuk membubarkan DUN secara berasingan dengan negeri-negeri lain. Kedah, Kelantan, dan Pulau Pinang akan hanya membubarkan DUN bersekali dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN.
- Secara umumnya kerajaan PR memerintah negeri mengikut acuan komponen parti masing-masing. Selangor ditadbir oleh PKR. Maka, kesemua keputusan penting mengenai Selangor akan dibuat oleh kepimpinan tinggi PKR. PAS dan DAP hanya menjadi tukang angguk ataupun mempunyai kuasa yang terbatas.
- Pulau Pinang pula diperintah oleh DAP. Semua keputusan penting dibuat oleh DAP. Lebih parah, DAP pula didominasi oleh satu kaum. Secara umumnya, keputusan yang dibuat lebih membawa kepentingan kepada kaum tertentu sahaja.
- Kedah dan Kelantan diperintah oleh PAS. Kedah diperintah oleh PAS Kedah. Kelantan diperintah oleh PAS Kelantan. Maka keputusan di Kedah lebih bersifat Kekedahan dan di Kelantan lebih bersifat Kekelantanan.
- Keadaan ini sebenarnya menjelaskan kepada rakyat Malaysia yang PR sebenarnya tidak pernah wujud untuk membawa perubahan kepada Malaysia dan rakyat Malaysia. PR lebih bersifat gabungan sementara untuk memenangi pilihanraya.
- Taktikalnya mudah. Mewujudkan suasana satu lawan satu. Ini dengan sendirinya akan mewujudkan pilihan politik berasaskan kaum dan menjadi titik permulaan pepecahan kaum seperti 1969. Tolerensi pemilihan hanya wujud di kalangan pengundi Melayu. Sementara bangsa lain lebih mementingkan calon sebangsa.
- PR akan meletakkan calon berdasarkan majoriti bangsa pengundi. Jika majoriti DUN tersebut adalah Cina, maka PR akan meletakkan calon Cina dari DAP. Jika majoriti Parlimen tersebut adalah Melayu, maka PR akan meletakkan calon Melayu dari PAS. Jika, majoriti tidak wujud PR akan meletakkan calon PKR sama ada di DUN atau Parlimen.
- Teori ini sebenarnya dimulakan oleh Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang diterajui oleh Semangat 46 dulu. Taktikal ini digunapakai semula oleh PR. Caranya mudah, rakyat didedahkan dengan pilihan yang sedikit. Mudah untuk menabur fitnah, dan mudah untuk menabur janji.
- Semangat 46 dan PKR diperlukan untuk menyatukan semua parti pembangkang. DAP dan PAS tidak akan boleh bersatu tanpa ada parti ketiga. Walhal, usia parti ketiga tersebut baru setahun jagung. DAP dan PAS mempunyai landasan perjuangan yang sangat berbeza. Secara lahiriahnya kedua-dua parti ini bukan sahabat, tetapi seteru dan musuh berasaskan prinsip perjuangan. Kenapa kita tidak pernah terfikir????ADIOSS
Search This Blog
Sunday, February 3, 2013
PEMBUBARAN DUN : SATU DISKUSI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment