Search This Blog

Friday, January 4, 2013

PILIHANRAYA PARTI - KESILAPAN ATAU SENGAJA


  1. "Keinginan yang meluap-luap untuk menghasilkan manusia Melayu moden telah membongkar orientasi pendidikan negara kita. Tumpuan dan tekanan yang kuat telah mula diberikan kepada bidang-bidang yang bersifat teknikal, iktisas dan gunaan semata-mata, manakala bidang-bidang halus seperti kebudayaan, kesusasteraan dan falsafah bukan sahaja telah diketepikan malah dicemuh sebagai tiada nilai ekonomi dan hanya di awang-awangan. Dengan kata lain, sastera dan budaya hanya untuk mat bunga!" (Zairil Khir Johari, Roketkini, 31 Dis. 2012)
  2. Petikan di atas adalah sebagai induksi untuk pembaca mengenali pemikiran Zairil Khir Johari. Tidak mengenali beliau adalah tidak mengapa. Mengenali beliau juga tidak akan mengubah rupa bangsa Melayu. 
  3. Namun ada satu cerita menarik tentang beliau. ZKJ sebenarnya telah mendedahkan agenda tersembunyi parti yang beliau dokong. Bagaimana parti tersebut cuba menghakis pengaruh Melayu secara terang-terangan. Parti tersebut nyata sama sekali tidak mahu Melayu mendominasi kepimpinan parti.
  4. Di peringkat awal pemilihan, ZKJ hanya mendapat lebih 300 undi dan menyebabkan beliau gagal menghuni kerusi kepimpinan parti biarpun sebagai 'pemain simpanan'. Dua hari kemudian kesilapan ditemui. Kononnya, terdapat mengiraan undi yang salah.
  5. Setelah semakan, undi sebenar yang ZKJ perolehi lebih 800. Perbezaan 500 undi ini sukar diterima sebagai kesilapan. Sebaliknya, ia lebih bersifat kepada perancangan teliti yang menuntut taktikal licik dan penuh keliru.
  6. Dua minggu kemudian, seorang perlu dijadikan mangsa untuk menggambarkan kehebatan parti. Namun, saya percaya mangsa akan mendapat kerusi 'gerenti menang' dalam PRU13. Balasan kepada sesama bangsa adalah wajib bagi parti yang disokong oleh golongan 'ulamak gerenti syurga' ini. 
  7. Hasil daripada pengiraan semula undi, ZKJ menduduki tempat kedua puluh dan berjaya menduduki kerusi kepimpinan. Satu lawan 19. Maka, undi dan suara ZKJ akan menjadi suara sumbang Melayu dalam kumpulan bukan Melayu. ZKJ hanya akan memanaskan kerusi tanpa boleh menyumbang kepada manfaat bangsa Melayu dalam parti tersebut.
  8. Saya juga percaya, ZKJ tidak akan mendapat kerusi dalam PRU13. Malah, jika mendapat kerusipun, ZKJ akan diberi kerusi 'gerenti kalah'. Saya percaya kerusi yang akan diberikan kepada ZKJ adalah bekas kerusi PAS dan dalam PRU12, PAS kalah teruk di kerusi tersebut. 
  9. Kalau kita lihat dalam BN samaada UMNO, MCA, dan MIC, tidak pernah berlaku kesalahan dalam pemilihan parti. Namun, kepada parti ini, kesalahan pengiraan undi mula berlaku. Yang peliknya, hanya berlaku kepada calon Melayu. 
  10. Yang paling menghairankan, kesilapan itu berlaku ketika PRU13 begitu hampir. Bertambah pelik, mengapa tidak diadakan pemilihan semula. Bertambah-tambah pelik, tidak ada bantahan yang kedengaran. Pelik-pelik dan terus pelik....mungkin ada calon Melayu di kerusi 'gerenti menang' dari parti ini. ADIOSSSS

No comments: