Search This Blog

Thursday, March 14, 2013

EVOLUSI PARTI ISLAM 3


  1. "Percayalah saudara-sudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini(UMNO), kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tak payah masuk Yahudi, kita tak payah masuk Kristian, kita tak payah masuk Hindu, kita tak payah masuk Budha, tapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku". (Hadi Awang, 1981).
  2. Petikan itu terdapat pada mukasurat 1 buku tersebut. Petikan itu dikenali sebagai Amanat Haji Hadi. Petikan itu diasakan berdasarkan usul Tuan Haji Yusuf Rawa dan Juga Dato' Fadzil Nor. Amanat itu disampaikan di Terengganu.
  3. Bila menyebut perjuangan kita adalah jihad, saya tidak mempunyai sebarang masalah. Pada saya setiap perbuatan ikhlas dan dibuat atas nama Allah adalah jihad. Berjuang memerdekakan negara adalah jihad. Menaikkan ekonomi Bumiputera adalah jihad. Menaikkan nama negara adalah jihad. Tidak ada bezanya di antara perjuangan PAS dan UMNO.
  4. Namun yang membezakan kedua-dua perjuangan ini adalah pencapaian. Kebenaran kepada perjuangan adalah kebenaran. Maka, jihad sebanar akan dilihat melalui pencapaian yang dibawa kepada rakyat. Asasnya mudah, Allah akan meredhai perjuangan yang paling murni. Jika, tempoh perjuangan sama dan pencapaian yang dibawa berbeza, kita akan kenal perjuangan mana yang diredhai Allah.
  5. Derma adalah jihad begitu memuskilkan saya. Derma sepatutnya ikhlas. Derma berdasarkan objektif derma itu diwujudkan. Penderma tidak perlu dipersoalkan. Soalan dan persoalan hendaklah diberikan kepada penerima dan pengurus derma. Dalam tajuk-tajuk berikutnya penulis berjaya membuktikan bagaimana pengurus derma menukar istilah jihad menjadi jahat. Saya akan ulas kemudian.
  6. Berjuang dengan puak-puak ini menimbulkan beribu persoalan. Perjuangan hendaklah berteraskan siapa bagus dia menang. Bukan berasaskan mereka tidak bagus semata-mata. Berjuangan memerlukan sokongan. Sokongan berasaskan pilihan yang tepat. Berjuang juga mempunyai tahap perjuangan yang berbeza mengikut objektif. Istilah perjuangan sahaja lebih membawa kepada rusuhan dan kekerasan. Bila kita fokus kepada rusuhan dan kekerasan, kita kufur kepada nikmat utama Allah iaitu berfikir. Manusia adalah makhluk tunggal yang dianugerahkan nikmat berfikir.
  7. Mati kita adalah mati syahid mengesahkan perjuangan parti ini lebih bersifat kekerasan dan menggalakkan rusuhan untuk mencapai kemenangan. Apakah Islam begitu? Apakah Islam membenarkan kita berperang sedangkan kita sesama Islam, hanya berbeza fahaman politik? Apakah kita Islam jika kita mahu pengikut kita mati semata-mata untuk memburu kemenangan? Fikirkanlah.
  8. Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku perlu dibahaskan. Persoalan pertama mengapa hanya suku, bukan separuh. Atau dalam kehidupan ini adalah lagi perkara lain yang lebih utama selain politik dan agama. Mungkin ada pada parti ini, suku lagi mungkin kekayaan, dan suku yang akhir mungkin kuasa.
  9. Saya tidak berani menyentuh frasa menjadi kafir. Ilmu saya kurang di situ. Saya bukan penceramah politik yang boleh membabi buta mengkafirkan orang. Namun saya faham rukun Islam dan rukun Iman. Sifat 20 dan beberapa buah buku agama yang saya baca. Namun, saya amat percaya, ORANG ISLAM TETAP MENJADI ISLAM SELAGI TIDAK MENUKAR AGAMA. Bezanya tahap kewarakan dan kealiman sahaja.
  10. Semua ini pendapat saya terhadap buku yang saya baca. Pembaca boleh menerima atau menolak pendapat ini. Kita perlu berani mengulas untuk mencari kebenaran. Saya akan meneruskan siri ini sehingga selesai dengan izin Allah. ADIOSSSS



No comments: