Search This Blog

Sunday, March 17, 2013

EVOLUSI PARTI ISLAM 4


  1. "Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandainya menang dalam pilihanraya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada." (Hadi Awang, 11 Januari 2003).
  2. Petikan di atas diambil dari ucapan Haji Hadi Awang ketika memangku Presiden PAS semasa membakar semangat petugas pilihanraya PAS pada 11 Januari 2003. Ucapan ini menukar secara 360 darjah apa yang menjadi Amanat Haji Hadi yang dipegang sejak tahun 1981.
  3. Apa yang menarik perhatian saya dengan ucapan ini, parti ini telah sepenuhnya bergerak atas landasan politik. Menggadai segala perjuangan asal hanya untuk mencapai kejayaan. Malah sanggup berijtihad untuk meruntuhkan kata-kata asal semata-mata untuk mencapai kemenangan dunia yang belum pasti. Maka, keseluruhan perjuangan menjadi POLITIK DUNIA semata-mata.
  4. Berdasarkan kata-kata untuk mengeluarkan asas perjuangan utama iaitu pembentukan Negara Islam dan perlaksanaan hudud, maka parti ini sebenarnya tidak ada apa untuk diperjuangkan. Segala perjuangan yang tinggal sebenarnya telah lama diperjuangkan oleh UMNO. Malah UMNO telah mencapai kejayaan besar dalam perjuangan tersebut.
  5. Apabila pejuang utama parti menegaskan bahawa di Malaysia, Islam adalah mencukupi, maka tahap dan darjat parti tersebut jatuh terus ke bawah. UMNO sentiasa mengembangkan Islam. Sama ada melalui pembinaan perlambangan Islam, pembinaan jiwa Islam, penyebaran syariat Islam dan mendekati potensi manusia yang ingin mendekati Islam. Jelas sekali pada UMNO, Islam di Malaysia belum mencukupi, malah Islam perlu diterapkan dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia. 
  6. Pada tahun 1981, parti ini melalui satu amanat utama jelas menentang Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan ini dianggap kafir. Pada saya, pemimpin utama parti ini tidak membaca perlembagaan tersebut. Kalaupun mereka baca, mereka mungkin tidak memahami perlembagaan tersebut. Apabila bekerjasama dengan PKR dan DAP, mereka mula faham. Kemungkinan besar, perlembagaan ini mereka fahami mengikut kefahaman DAP atau PKR.
  7. Apabila sesebuah parti politik memahami elemen utama undang-undang negara mengikut kefahaman sebuah parti lain, maka secara jujurnya saya berpendapat, parti tersebut akan menjadi mangsa dalam gabungan yang dibentuk. Mentakrifkan perlembagaan mengikut kefahaman parti adalah acuan dan asas perjuangan utama parti politik. Kegagalan tindakan ini, akan mengelirukan rakyat dan bakal memusnahkan negara.
  8. Pada saya frasa seandainya menang dalam pilihanraya menggambarkan nilai sebenar keyakinan mereka terhadap pengundi dan sokongan. Ada dua faktor utama, pertama tidak yakin dengan perubahan asas perjuangan, atau kedua, tidak yakin dengan gabungan yang bersifat sementara ini. Pengalaman telah mengajar mereka, bergabung dan berpecah adalah lumrah perjuangan mereka.
  9. Satu dilemma diperkenalkan dalam perubahan perjuangan. Kerajaan yang mahu dibentuk adalah demokratik dan adil. Bukannya adil dan demokratik. Adil hanya melalui pembinaan negara Islam (1981). Demokratik adalah berdasarkan suara majoriti. Ertinya, parti ini akan mengikut suara majoriti dalam pakatan. Sebagai rakyat Malaysia, parti manakah yang akan menjadi suara majoriti dalam pakatan ini? 
  10. Evolusi memang senibina sebuah pertubuhan politik. Namun, badan politik perlu mengekalkan asas utama perjuangan parti. Asas ini menjadi maruah dan bentang semangat yang menyerap dalam jiwa dan raga pengikut. Bila asas ini dibuang, maka maruah turut lebur bersama semangat baru yang lebih bersifat penipuan dan manipulasi. ADIOSSS

No comments: