Search This Blog

Thursday, April 25, 2013

POLITIK MELAYU 4

Melayu hari ini menganggap dengan menyokong kerajaan sedia ada sebagai pengecut, bacul, dan bodoh. Untuk jadi hero, Melayu mesti menyokong pembangkang. Konon untuk berubah. Dalam masa yang sama Melayu tidak pernah faham maksud dan fundemental ubah. tTidak perlu kita bandingkan dengan tahun 1957, kita sebenarnya telah banyak berubah. Melayu tidak pernah sedar, betapa berubahnya negara kita berbanding hanya tiga tahun lepas. Betapa berubahnya kita berbanding bulan lepas. Betapa ramainya Melayu yang memiliki rumah banglo dan kereta mewah. Jadi apakah sebahagian besar Melayu sebenarnya bukan mahu UBAH atau sebaliknya hanya mahu menjadi HERO.

MELAYU NAK JADI HERO!

Melayu nak jadi hero mudah,
Ambil gambar PM pijak dan ludah,
Nampak bendera BN terus maki haram jadah,
Mangkok mana yang pasang bendera tu depan rumah,
Dari malam sampai pagi lagak hero terus melatah.

Melayu nak jadi hero kemplen sana, komplen sini,
Kalau tak yakin cepat-cepat cari kroni,
Bahasa komplen mesti maki-maki,
Konon aku bukan seorang diri,
Belakang aku ni ada berpuluh orang lagi.

Melayu nak jadi hero cakap bergegar,
Konon pemimpin sekarang kaki putar,
Keturunan cikai perasuah tegar,
Tak Islam langsung kerana hudud digegar,
Allah pun tak nak kongsi dengan kelembai.

Melayu nak jadi hero kena nampak pandai,
Walau sebenar akal tergadai,
Artis jadi Ustaz pun dia kata pandai,
Dapat fatwa Tok Guru terus mamai,
Dia jaja dari rumah ke serata kedai.

Melayu nak jadi hero tak payah sekolah,
Yang penting selalu dengar ceramah,
Tok Guru kata kerajaan lemah,
Dia pun kata kerajaan lemah,
Nak bagi sedap lagi dia tambah-tambah.

Melayu nak jadi hero mesti control tempat ibadah,
Konon ini rumah Allah,
Politik mana boleh jadi ibadah,
Nanti Tok Guru kata Allah marah,
Macam Tok Guru dan Allah tu sedarah.

Melayu kalau nak jadi hero tidak salah,
Tetapi cerminlah diri kedua belah,
Jangan biar hati mencelah,
Jangan biar emosi berbelah,
Jangan telur tertinggal di rumah.

Melayu dah ramai jadi hero,
Yang mati digantung penjajah itu hero,
Yang merdekakan Malaysia itu hero,
Yang bangunkan Malaysia itu hero,
Yang kuasai ekonomi Melayu itu juga hero.

ADIOSSSSSS

POLITIK MELAYU 5 : KONON MELAYU MEMILIH PEMIMPIN.


No comments: