Search This Blog

Thursday, April 25, 2013

POLITIK MELAYU 3

Di kalangan Melayu, penduduk Pantai Timur terutama sekali Kelantan sangat ramai berhijrah ke luar. Sebab utamanya adalah peluang pekerjaan yang hampir tidak ada di Kelantan. Lagipun, di negeri-negeri lain terutama yang diperintah oleh BN, kemudahan infrastruktur hampir menyamai kemudahan yang ada di negara-negara maju. Golongan ini akan turut berkempen kepada penduduk setempat supaya menolak kerajaan yang ada. Modalnya mudah, Agama Islam. Perintah Allah untuk hanya memilih Islam sebagai pemimpin. Bila ditanya takrif pemimpin, maka jawapannya pasti caca-merba. Saya gambarkan sifat golongan ini seperti di bawah.

TINGGAL DI BARAT...UNDI DI TIMUR.

Bila mereka bersuara..sumbang sangat,
"Ah ini kan Malaysia,
Kita boleh kerja di mana-mana,
Di Barat pun sama,
Di Timur pun serupa"

Bila kita tanya mengapa..marah sangat,
"Kita kan sama,
Sama-sama Melayu,
Sama-sama Islam,
Agama itu menguatkan persaudaraan."

Sedang di Barat mereka selesa,
Kumpul harta dan kumpul kuasa,
Ada kereta dua tiga,
Ada kedai tomyam sini dan sana.

Di Timur balik hanya untuk mengundi,
Itupun tak lama, tak sampai pun 3 hari,
Nak tinggal lama terasa geli,
Air berkeladak, jalan lubang sana-sini.

Mereka apa peduli,
Mak bapa di Timur mudah sahaja nak beli,
Hantar sahaja sebahagian kecil duit gaji,
Lepas tu pesan Tok Guru suruh undi.

Bersungut kata nak balik susah,
BN perintah petrol naik mendadah,
Pintu tol sana-sini macam haram jadah,
Jangan undi BN habis semua rakyat punah.

Tinggal di Barat hari-hari tabur fitnah,
Kata Islam benarkan sumpah seranah,
Tu kena buat buat kalau pemimpin salah,
Tok Guru kata kalau tak buat masuk neraka...payah.

Kalau kena kat Tok Guru semua betul,
Tok Guru bawa anak beranak dalam politik pun betul,
Juak Tok Guru ada video pun betul,
Sekutu Tok Guru maki Allah pun betul.

Mereka tinggal di Barat,
Hidup mewah, cakap hebat,
Keluarga dan saudara di Timur susah barat,
Hari-hari telan air karat.

ADIOSSSSS

POLITIK MELAYU 4 : MELAYU NAK JADI HERO!