Search This Blog

Sunday, April 28, 2013

POLITIK MELAYU 5

Ada satu perkara yang unik tentang Melayu. Cara Melayu mempertahan Islam. Melayu sekalipun kaki mabuk, kaki zina, atau sekalipun kaki lihat, cukup marah bila dituduh kafir. Golongan ini lebih Islam dari segi kata-kata berbanding Islam dari segi penghayatan. Kalau dinilai dari segi amalan kehidupan, Melayu begini sedikitpun tidak mengamalkan cara hidup Islam. Golongan ini selalunya rendah ilmu Islamnya. Ilmu hanya diperolehi dari sumber-sumber yang tidak jelas khususnya medan ceramah politik. Lantas, kesempatan ini diambil oleh golongan politikus yang tidak bertanggungjawab untuk mempengaruhi Siluncai demi Siluncai. Kepada golongan ini ajaran Islam hanya berfokus kepada cara untuk memilih pemimpin.

KONON MELAYU MEMILIH PEMIMPIN

Ramai Melayu yang tidak tahu maksud pemimpin,
Pada mereka asal sahaja dipilih itu pemimpin,
Asal sahaja memetik ayat Allah itu pemimpin,
Asal Ustaz paling layak menjadi pemimpin,
Asal imam sangat bijak jika menjadi pemimpin.

Konon Melayu memilih pemimpin,
Manusia yang dipilih mesti mengikut Islam,
Konon itu ajaran Allah dalam Quran,
Tok Guru yang kata malam dan siang,
Kalau engkar balasannya neraka jahanam.

Melayu yang begini ramai sangat,
Sampai orang Indon tengok pun malu bangat,
Tadi masuk kedai 4D beratur rapat-rapat,
Maklumlah dah sampai jam 6 tepat,
Jaga nombor punyalah baik sampai takut nak lipat.\

Konon Melayu memilih pemimpin,
Jangan pilih yang bukan Islam,
Walaupun itu hanya wakil kawasan,
Takut sungguh kepada pembalasan,
Walau maksud sebenar tak pernah jadi rujukan.

Melayu begini ada di mana-mana,
Atas padang golf Asar entah ke mana,
Hujung minggu Subuh dilupa,
Ke Masjid pun Jumaat sahaja,
Bukan setiap minggu, tapi berselang tiga.

Konon Melayu memilih pemimpin,
Mesti patuh amanat Tok Guru,
Padahal tak pernah pun jumpa manusia itu,
Yang diamal pun pesan-pesan Tok Guru yang dulu,
Yang bawa pesan pun hampir sama dengan hantu.

Melayu macam ini suka lepak kedai kopi,
Kumpul ramai-ramai hanya untuk mencaci,
Mula-mula PM, kemudian menteri,
Ini semua kaki korupsi,
Jom kita UBAH di sana syurga menanti.

Konon Melayu memilih pemimpin,
Hanya untuk mencari syurga,
Konon itu perintah Yang Maha Kuasa,
Kalau tak ikut InsyaAllah neraka,
Kita kena patuh, kita kan banyak dosa.

Melayu kalau nak pilih pemimpin,
Fahamlah dulu maksud memilih,
Fahamlah dulu maksud pemimpin,
Fahamlah dulu maksud Islam,
Kita dah ada semuanya,
Jangan nanti anak cucu yang karam.

ADIOSSSSS

POLITIK MELAYU 6: KE MANA SEBENARNYA UNDI ANDA PERGI?

No comments: