Search This Blog

Tuesday, April 23, 2013

POLITIK MELAYU 2

Saya biasanya menganggap politik itu sebagai satu platform utama untuk membangunkan segala-galanya. Termasuklah agama. Saya percaya politik yang baik tujuannya akan melengkapkan agama. Agama pula akan menjadi dasar perjuangan sesebuah parti politik. Namun, saya sering keliru dengan pelbagai pihak yang menggunakan agama hanya untuk membenarkan ideologi politik mereka. Sebaliknya, ayat-ayat yang tidak menyebelahi mereka akan terus disimpan. Peliknya, ayat tersebut akan digunakan untuk menunjukkan kesilapan pihak lawan. Lantaran saya ini Islam dan Melayu, maka saya kongsikan luahan rasa saya bersama pembaca setia blog ini.

ISLAM DALAM MELAYU

Aku ini Melayu Islam,
Aku lahir dulu, kemudian baru diazan,
Untungnya aku lahir di bumi Islam,
Kerana Melayu di sini semuanya Islam.

Melayu Islam banyak sungguh berjanggut berserban,
Ramai sungguh yang rajin selak kitab dan Quran,
Asyik cari ayat yang boleh jadi penampan,
Kalau buat jahat pun orang tak nampak macam cipan.

Aku ini Melayu Islam,
Bukanlah pandai sangat aku baca Quran,
Tapi aku masih kenal haram dan haram,
Masih tahu membezakan yang mana dajjal yang mana anak gampang.

Melayu Islam takut sungguh masuk neraka,
Tapi solat subuh selalunya mereka leka,
Nak masuk syurga cari jalan mudah sahaja,
Sanggup mengkafir jiran sebelah yang Islam juga.

Aku ini Melayu Islam,
Badanku Melayu jiwaku Islam,
Pakaianku Melayu akalku Islam,
Bumiku pasti Melayu tapi langitku tentu Islam.

Melayu Islam bila berjuang saling menghentam,
Naik pentas fitnah orang pong pang pong pang,
Selak ayat tu, selak ayat ni sampai lenguh tangan,
Kena sendiri suruh bersumpah kata sakit tangan.

Aku ini Melayu Islam,
Aku mahu amalkan Islam,
Aku yakin penuh pada Islam,
Tapi bukan aku Melayu kalau gunakan Islam.

Melayu Islam kalau jadi pemimpin pasti lumat,
Tak pandai langsung nak satukan umat,
Menghasud dari Isnin sampai Ahad,
Walau ketayap atas kepala terus melekat.

Aku ini Melayu Islam,
Aku memanglah buta Islam,
Tapi kalau yang tahu Islam gunakan Islam,
Pasti lagi ramai yang buta Islam.

ADIOSSSSSS

POLITIK MELAYU 3 : TINGGAL DI BARAT...UNDI DI TIMUR....Tunggu esok!



No comments: