Search This Blog

Sunday, April 28, 2013

POLITIK MELAYU 6


  1. KE MANA SEBENARNYA UNDI ANDA PERGI?
  2. Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sendiri sebelum kita memberikan undi kita kepada parti politik tertentu. Soalan yang paling penting adalah ke mana sebenarnya undi aku ini akan pergi? Soalan itu sebenarnya akan menjadi objektif terhebat dalam pilihanraya.
  3. Bagi semua rakyat Malaysia kecuali di Wilayah Persekutuan, kita mempunyai dua (2) tanggungjawab. Pertama untuk memberikan undi kita kepada Wakil Parlimen, dan kedua untuk memberikan undi kita kepada Wakil Dewan Undangan Negeri. 
  4. Selalunya kita hanya pangkah tanpa sebab yang kukuh. malah, lebih malang lagi kalau kita memberikan undi kita hanya berdasarkan emosi dan persepsi semata-mata. Sedangkan undi adalah untuk memilih pemimpin. Persoalannya, siapakah pemimpin sebenar yang mahu kita pilih? Wakil Rakyat atau sekadar Ahli dewan Undangan Negeri.
  5. Sebenarnya setiap undi yang kita berikan untuk memilih Ahli Parlimen adalah undi kita untuk memilih bakal PM selepas PRU 13. Ahli Parlimen hanyalah wakil kita untuk memilih PM. Itu adalah fungsi utama setiap Ahli Parlimen.
  6. Jika kita memberikan undi Parlimen kita kepada BN, kita sebenarnya memilih Presiden UMNO sebagai PM. Sebabnya mudah, BN memang telah bersetuju sejak 1955 lagi supaya PM hendaklah diberikan kepada Presiden UMNO. Undi kita sebenarnya adalah untuk melantik Presiden UMNO sebagai PM.Jika BN menang, pada jam 8.00 pagi 6 Mei 2013, kerajaan baru telahpun boleh dibentuk. Maka, kesinambungan kemajuan negara tidak akan berhenti.
  7. Sebaliknya, jika kita memberikan undi Parlimen kita kepada PR, kita sendiri tidak tahu undi itu akan diberikan kepada siapa. PR mempunyai tiga komponen parti utama iaitu PAS, DAP, dan PKR. Jumlah kerusi paling banyak ditandingi oleh PAS, kemudian DAP, dan akhir sekali PKR. Malah PR itu sendiri tidak pernah wujud mengikut lunas undang-undang. Maka, saya jangkakan DAP akan menang besar sebaliknya Lim Kit Siang akan tewas di Gelang Patah. Maka, perlantikan PM akan jadi caca-merba. Malah mungkin akan mengambil masa yang panjang. Harus diingat, kerajaan sementara ini akan tamat tempoh selepas kerajaan baru berjaya dibentuk. Bayangkan apa yang akan terjadi? Yang pasti kemajuan dan tranformasi negara akan berhenti mungkin untuk tempoh 3 bulan.
  8. Jika kita memberikan undi DUN kita kepada BN pula, sebenarnya kita memberikan undi kita kepada bakal MB atau KM negeri yang kita duduk. Bagi Negeri Kelantan, Terangganu, NS, Perak, Kedah, Perlis, Pahang, Johor, Selangor, Melaka, Sabah, dan Sarawak kita sebenarnya memberikan mandat tersebut kepada Bumiputera. Bagi Pulau Pinang, kita memberikan mandat tersebut kepada Presiden Gerakan. Keputusan ini tidak pernah berubah semenjak 1957 lagi. Sehingga kini, BN tidak pernah menyemak Akta Tubuh Negeri untuk mempertikaikan persetujuan ini. Jika BN yang dipilih, pada pagi 6 Mei 2013, kerajaan baru akan mula dibentuk dan pada minggu berikutnya akan mula berkhidmat untuk rakyat.
  9. Sebaliknya jika undi DUN kita berikan kepada PR kesannya kita memberikan kepercayaan pada golongan yang belum tentu untuk menjadi MB atau KM. Jika anda tidak percaya, anda tanya calon PR di kawasan anda. Jika menang, siapa akan menjadi MB atau KM. Kepada PR, MB atau KM akan dilantik di kalangan parti yang menang paling banyak kerusi DUN mengikut peruntukan dalam Akta Tubuh Negeri. Bagi Negeri Kelantan, Terangganu, NS, Perak, Kedah, Perlis, Pahang, Johor, Selangor, Melaka, Sabah, dan Sarawak belum tentu Bumiputera akan menjadi MB atau KM. Pulau Pinang pastinya kepada DAP. Malah saya jangkakan NS, Melaka, dan Johor juga akan diketuai oleh DAP. Kesannya, PR akan bergaduh sesama sendiri. Keputusan PRU 12 menyaksikan Perak memerlukan tempoh hampir sebulan untuk melantik MB. 
  10. Ke situ sebenarnya undi kita akan pergi. Ini negara demokrasi berparlimen. Kita tidak punya pilihanraya presiden atau MB. Yang kita undi adalah sebenarnya untuk memilih PM atau MB. BN telah beritahu kita semenjak 1955 lagi. PR tidak pernah menerangkan secara telus siapa PM dan siapa MB yang bakal menjadi pemimpin kita. ANDA SEMUA BELAJAR. ANDA FIKIRKANLAH KEBENARAN ARTIKEL INI. ADIOSSS
POLITIK MELAYU 7 : NILAI SATU UNDI MELAYU

No comments: