Search This Blog

Sunday, May 19, 2013

BATASAN POLITIK MALAYSIA 4


  1. Islam adalah agama Rasmi di Malaysia. Maksudnya pengganut Agama Islam diberi satu hak keistimewaan beragama di Malaysia. Sementara, pengganut agama lain, bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.
  2. Apabila dijadikan agama rasmi, pasti terdapat perbezaan yang ketara dalam melaksanakan Islam di Malaysia, dengan perlaksanaan agama-agama lain. Jika tidak ada perbezaan, maka, makna rasmi itu akan menjadi satu penipuan yang besar.
  3. Mempertikaikan kuasa kerajaan dalam melaksanakan agama rasmi ini adalah satu kesalahan. Maka, perlanggaran batasan ini adalah satu sifat yang paling tidak bertanggungjawab.
  4. Apa sahaja perkara yang dijadikan rasmi perlu diluaskan pengaruhnya. Sebabnya mudah, hanya perkara baik sahaja akan diangkat menjadi rasmi dalam sesebuah negara.
  5. Dakwaan yang mengatakan kerajaan tidak Islam sebenarnya penipuan yang nyata. Malah, sebelum merdeka lagi, kerajaan telah meletakkan syarat Islam dan kuasa Islam itu sebagai satu agenda penting negara.
  6. Atas alasan ini, kita perhatikan kerajaan BN sanggup tidak menang besar dalam  PRU daripada bekerjasama dengan parti politik yang anti-Islam. Kesannya telah dua PRU kerajaan BN gagal mendapat 2/3 kemenangan di Parlimen.
  7. Atas nama Islam juga, kerajaan BN tidak terus berbunuh-bunuhan dengan negeri pembangkang khususnya Kedah dan Kelantan. Malah bantuan terus diberikan kepada kedua-dua negeri ini dengan harapan Islam terus disyiarkan di sana.
  8. Atas pentang politik, pemimpin pembangkang di Kelantan dan Kedah begitu terus memfitnah dan mencemuh kerajaan BN. Namun, atas dasar Islam, BN terus membantu orang yang mencemuh dan memfitnah mereka.
  9. Kalau kita analisis, sebenarnya BN lebih Islam daripada mana-mana parti politik di dunia ini. BN bukan hanya mencipta polemik, sebaliknya mencipta bukti, data, dan fakta.
  10. Saya amat yakin hanya politikus BN yang faham batasan politik ke-4 ini. Kerana itu, apabila ada yang mencadangkan BN bekerjasama dengan DAP, pemimpin BN terus melenting. Puncanya mudah, pemimpin-pemimpin DAP secara terang-terangan menentang Islam. FAHAMMMMMM. ADIOSSS
Batasan 5: Tol dan Lebuhraya

No comments: