- Ada seorang pengkaji dari UITM yang menegaskan bahawa politik lebih kepada emosi berbanding realiti. Saya amat tertarik dengan kata-kata.
- Menyedari hakikat ini, maka emosi memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju kejayaan sesebuah parti politik dalam mana-mana PRU.
- Maka, pembangkang telah kembali menggunapakai strategi permainan emosi yang digunakan oleh gabungan pembangkang dalam PRU 3 pada tahun 1969 ke dalam PRU 13 pada tahun 2013.
- Dalam PRU3, pembangkang terdiri daripada Gerakan, PPP, PAS dan DAP. Maka, setiap parti mempunyai peranan masing-masing yang ditentukan oleh Syed Hussin Al-Atas sebagai Pengerusi Gerakan.
- Gerakan memainkan isu merit dan hak samarata. Alasan yang diberikan adalah Perikatan ketika itu gagal membela nasib kaum Cina dan India. PPP menyokong kempen Gerakan.
- DAP memainkan isu demokrasi, rasuah dan integriti. Tukang kempen adalah LKS. Sebenarnya semua yang diperkatakan oleh LKS dalam PRU13 telahpun dikatakan oleh LKS dalam PRU3. PAS seperti biasa melalak tentang Islam dan Hudud. Hudud..hudud..dan hudud. Lepas pilihanraya diam. Bila ada PRK, PAS pun melalak semula tentang Islam dan Hudud.
- Ketua pembangkang juga diberikan kepada Melayu iaitu Presiden Gerakan. Namun selepas keputusan PRU3 keluar, semua keputusan dibuat oleh DAP melalui LKS.
- Keputusan PRU3 hampir 100% sama dengan keputusan PRU13. Perikatan gagal mempertahankan 2/3 daripada kerusi kemenangan. Selangor, Pulau Pinang, KL, dan Kelantan diperintah oleh Pakatan Pembangkang.
- Pemimpin perikatan mula hilang punca. Kesempatan ini diambil oleh pembangkang untuk mewujudkan Cina Spring di Malaysia. Akibatnya berlakulah pertumpahan darah. Maka, ISA pun diwujudkan melalui MAGERAN.
- Maka, saya berani katakan, PRU13 hanya boleh dibandingkan dengan PRU dari semua elemen politik, ekonomi, sosial, strategi, dan perundangan. Teknologi hanya menjadi faktor pembantu. SELAMAT BERPUASA...ADIOSSSS
Search This Blog
Tuesday, July 9, 2013
MEDIA DAN PILIHANRAYA UMUM 2013 -3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment