Search This Blog

Tuesday, July 9, 2013

MEDIA DAN PILIHANRAYA UMUM 2013- 2


  1. Sepanjang aku mendengar pembentangan kertas kerja dalam seminar tersebut, aku berasa amat hairan. Ini adalah kerana semua kajian hanya dibuat secara perbandingan keputusan PRU12 dan PRU13.
  2. Pada aku faktor kemenangan untuk kedua-dua faktor tersebut adalah berbeza. Malah faktor penentu kejayaan kritikal untuk kedua-dua PRU tersebut tidak sedikitpun mempunyai persamaan yang signifikan.
  3. Dalam PRU12, faktor kemenangan BN adalah kekuatan PM itu sendiri ketika itu yang telah membawa kemengan besar dalam PRU11.
  4. PM ketika itu iatu Pak Lah disifatkan sebagai individu paling bersih, paling berilmu agama, dan paling tepat untuk membawa Malaysia ke landasan negara maju bercirikan Islam.
  5. Dalam masa yang sama, penglibatan KJ dilihat sebagai faktor yang membawa kekalahan kepada BN. KJ dianggap permulaan perwarisan kuasa kepada BN.
  6. Ketika itu, blog-blog anti BN lebih kepada menghentam KJ secara langsung. Hampir setiap hari ada sahaja blog yang memperkatakan keburukan KJ kepada Malaysia.
  7. Kekuatan pembangkang pula terlahir kesan daripada teori domino akibat kebimbangan rakyat ke atas teori perwarisan kuasa ini.
  8. Tiada isu besar yang menjadi modal pembangkang ketika itu. Pembangkang hanya memfokuskan kepada isu KJ dan isu kenaikkan harga minyak.
  9. Namun kesan dan akibat daripada isu yang dimanipulasikan amat berat. Kesan ini telah menyebabkan pembangkang diberi peluang memerintah di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
  10. Kesan ini sebenarnya tidak berkaitan langsung dengan PRU13. KJ telah diterima oleh Malaysia sebagai bakal pemimpin masa depan. Namun, keputusan PRU13 lebih teruk dari PRU13. 
  11. Maka, saya rasa lebih tepat membandingkan keputusan PRU13 dengan PRU3. Ulasannya akan saya kupas dalam siri berikutnya. ADIOSSSS

No comments: