- Amat lama rasanya saya tidak mengemukakan entri di blog ini. Kesibukkan saya sebenarnya menghalang saya untuk terus menulis. Saya terpaksa menghadiri mesyuarat di luar negara selama 8 hari dan kemudian menghadiri seminar demi seminar sehinggala 4 Julai 2013.
- Antara seminar yang paling berkesan adalah Seminar Media dan Pilihanraya Umum 2013 yang diadakan di The Royal Chulan Kuala Lumpur yang dihadiri oleh para bloger sama ada pro pembangkang mahupun pro kerajaan.
- Ada banyak kertas kajian yang dibentangkan. Saya mengikuti sebahagian besar daripada pembentangan kertas tersebut. Kaedah pembentangan selari menyebabkan saya hanya mampu menghadiri 60% daripada semua kertas pembentangan.
- Antara yang saya hadir dan berikan tumpuan adalah Forum Media, Demokrasi dan Pilihanraya.
- Pembentangan kedua iaitu Antara Ancaman dan Peluang: Paparan isu Lahad Datu dalam akhbar harian bahasa Cina sempena PRU13.
- Yang paling menarik perhatian saya adalah Gelombang Ini Kalilah: Satu analisa tentang isu dan trend pengundi dalam PRU 13 di Sabah.
- Juga pembentangan Isu Tempatan yang mempengaruhi pengundi Sabah.
- Satu sesi khusus yang mengulas Isupengundi Selangor begitu menarik perhatian saya.
- Kesemuanya saya amat tertarik dengan pandangan akademik yang dikemukakan. Namun, saya tidak akan mengulas dalam siri ini.
- Dalam siri berikutnya, saya akan ulas satu persatu. ADIOSSS
Search This Blog
Friday, July 5, 2013
Media dan Pilihanraya Umum 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment