Search This Blog

Monday, September 2, 2013

SEMANGAT MERDEKA 3


  1. Dalam semangat merdeka tengah tinggi ni tiba-tiba YAB PM umum pula minyak RON 95 dan diesel naik 20 sen seliter. Maka, ramailah yang penyokong pembangkang yang ketawa terbahak-bahak.
  2. Ramai jugalah rakan-rakan saya yang juga kakitangan awam asyik perli saya sebab minyak naik. Kononnya, saya yang memilih BN terus memerintah ini menyumbang kepada kenaikkan harga minyak.
  3. Itu yang saya maksudkan betapa rakyat Malaysia tidak bersyukur. Sebenarnya harga petrol tidak naik, cuma kerajaan kurangkan kos subsidi dari 85 sen kepada 65 sen. Maka, kita kena tambah lagi 20 sen seliter.
  4. Kalau kita pandang begini, setiap liter yang kita gunakan, kita akan dapat 65 sen subsidi. Bayangkan kalau sebulan kita pakai 100 liter, ertinya kita dapat subsidi RM65.00. Setahun kita dapat RM780 subsidi.
  5. Pilihan ada di tangan kita sebenarnya. Kalau kita mahu harga petrol yang tidak berubah gunalah RON97. Harganya diapungkan. Ketika ini harga minyak mentah adalah USD127. Kalau harga di bawah USD 110, pasti harga RON97 hampir sama dengan RON95.
  6. Kalau pegawai kerajaan mengeluh dengan kenaikkan bayaran 20 sen liter tu nampak sangat tidak bersyukur. Mulai Julai 2013, kakitangan kerajaan dapat satu lagi KGT. Paling kurangpun RM80 sebulan. Kalau gred 41 pun RM225 sebulan.
  7. Kalau kita pakai 400 liter sebulan, bayaran tambahan yang perlu dibayar hanya RM80. Kalau gred 41 dan ke atas bukankah masih ada lebihan RM145 sebulan.
  8. Kenaikkan harga RON95 ini dibimbangi akan menyebabkan harga semua barang meningkat. Itu pun dirisaukan. Kalau kita sanggup berpiket untuk dakwat kekal, bersih dan sebagainya, kenapa kita tidak sanggup berpiket untuk peniaga yang naikkan harga barang.
  9. Pelikkan, baru petrol naik 20 sen, semangat merdeka hilang terus. Macamlah nilai kemerdekaan Malaysia ini 20 sen seliter. Padahal, darah pejuang yang mengalir beribu liter, kalau nilai sebesar maruah seluruh Melayu. 
  10. Kalau pejuang sanggup alirkan darah untuk Merdeka, apalah sangat kita alirkan petrol dengan kos tambahan 20 sen. Merdeka bukan setakat jeritan, merdeka memerlukan penilaian yang pelbagai sudut.
Bersambung....

No comments: