Search This Blog

Tuesday, September 3, 2013

SEMANGAT MERDEKA 4


  1. Bulan kemerdekaan berlangsung mulai 16 Ogos hingga 16 September setiap tahun. Kemuncak kepada perayaan ini adalah sambutan Hari Malaysia. Tahun ini, Hari Malaysia akan disambut di Sabah dan Sarawak.
  2. Rupanya apabila harga petrol dan diesel dinaikkan 20 sen seliter, rakyat banyak yang mengamuk. Ramai yang melepaskan geram di media baru. Kemarahan ini mengikis langsung semangat merdeka yang sedang diserapkan.
  3. Pada saya rakyat tidak begitu marah dengan kenaikkan harga petrol. Rakyat bimbang dengan kesan kenaikkan harga barang-barang keperluan harian.
  4. Di Malaysia, puak kapitalis sering mencari alasan untuk meraih keuntungan mudah. Mencari alasan untuk melebarkan profit margin. Alasan yang paling mudah adalah kenaikkan harga petrol dan diesel.
  5. Sejarah membuktikan, seandainya harga petrol dan diesel naik, harga barang keperluan harian akan naik dalam julat yang hampir sama. Maksudnya, harga gula dan tepung juga akan naik 20 sen sekilo.
  6. Lebih malang lagi, jika kerajaan memutuskan untuk menurunkan semula harga petrol ke harga asal, kenaikkan harga barangan pengguna akan terus berkekalan. Maka, rakyat akan terus menderita.
  7. Isu yang lain adalah perbandingan harga sebenar RON95 dan RON97. Pengiraan menunjukkan harga RON95 lebih mahal daripada RON97. Sesuatu yang mustahil dan sukar dijawab apabila dibangkitkan.
  8. Maka, beberapa kesan tambahan akan ditimbulkan. Apakah berlaku kebocoran subsidi? Atau ada nilai subsidi yang besar untuk RON97? Atau terdapat penasihat ekonomi yang terlepas pandang? Atau harga petrol ini dimanipulasikan?
  9. Petronas, Shell, dan pemain industri pula tidak pernah mengemukakan komen tentang kenaikkan harga petrol ini. Maka, rakyat semakin bising. Ada pula yang mengeruhkan keadaan. Yang bising terus menjadi marah.
  10. Isu ini terus mengikis semangat merdeka. Rakyat menjadi kalut hingga lupa yang kita ini sebenarnya bangsa merdeka. Mukan mudah untuk kita merdeka. Sayangnya, semangat ini direntap dengan nilai 20 sen seliter.
Bersambung.....

No comments: