Search This Blog

Sunday, September 8, 2013

SEMANGAT MERDEKA 5


  1. lagi beberapa hari sambutan bulan kemerdekaan akan ditutup dengan Hari Malaysia yang akan disambut di Kota Kinabalu dan Kucing. Bahang sambutan tahun ini sedikit tidak terasa.
  2. Faktor pertama adalah ketibaan syawal yang disambut bagai nak gila di Malaysia. Rumah terbuka masih disambut sehingga 1 Zulkaedah.
  3. Aidilfitri di Malaysia umpama satu kejayaan besar yang menenggelamkan semua jenis perayaan. Aidilfitri telah menjadi satu budaya besar yang bukan sahaja ditunggu oleh orang Melayu, bahkan Cina dan India.
  4. Kuih-muih akan terus berada di atas meja tetamu sehingga tiba Hari Raya Haji. Seolah-olah Aidilfitri bersambung dengan Aidiladha.
  5. Faktor kedua adalah pengurangan subsidi RON95 dan diesel. Yang paling memberi kesan adalah kenaikkan RON95.
  6. Ada seorang rakan saya cukup marah. Beliau seorang guru. Semua maklum bahawa beliau adalah penyokong pembangkang. Naik sahaja harga petrol beliau semakin menggila marahkan Kerajaan Malaysia.
  7. Kalau selepas pilihanraya, apabila melihat gelagat pemimpin PKR, PAS dan DAP beliau seperti mahu menyokong BN, namun kanaikkan harga RON95 membuatkan beliau terus membenci kerajaan.
  8. Saya yakin bukan beliau seorang yang bertindak begitu. Mungkin ada ratusan ribu Melayu yang mahu menyokong BN kembali membenci BN dengan kenaikkan RON95.
  9. Rakyat sebenarnya tidak tahu kos sebenar RON95. Begitu juga rakyat tidak tahu kaedah pengurusan subsidi di Malaysia. Kalau semua subsidi berjaya, maka kumpulan sasar akan menjadi semakin kecil. Lama-kelamaan tidak akan ada subsidi di Malaysia.
  10. Kita telah merdeka selama 56 tahun. Subsidi masih ditagih. Subsidi beras contohnya, jika berjaya maka Malaysia tidak perlu lagi mengimport beras dari luar. Maka bukan sekadar subsidi Petrol, maka subsidi lain perlu dinilai semuala di Malaysia. Formula mudah, JIKA SUBSIDI BERJAYA, KUMPULAN SASAR AKAN MENJADI KURANG TAHUN DEMI TAHUN. Jika kita mengeluh dengan pengurangan subsidi RON95 sebanyak 20 sen seliter, kita masih lagi tercangkum dalam kumpulan sasar.
Bersambung...

No comments: