Search This Blog

Tuesday, September 10, 2013

SEMANGAT MERDEKA 6


  1. Di Selatan Thailand, beberapa orang penduduk Thailand ditangkap dan benyak bendera dirampas sempena 31 Ogos. Peliknya bendera yang dikibarkan di 5 wilayah tersebut adalah bendera Malaysia.
  2. Di Kalimantan, Indonesia bendera akan berkibar sesuka hati menjelang 31 Ogos. Peliknya juga bendera yang berkibar adalah bendera Malaysia.
  3. Di taman perumahan tempat saya tinggal hanya 4 buah rumah yang mengibarkan Jalur Gemilang di lorong rumah saya. Dua rumah Melayu, satu rumah Cina, dan satu rumah India.
  4. Di kawasan-kawasan lain bendera Malaysia amat kurang dikibarkan.
  5. Di tempat saya bekerja hampir semua kereta kakitangan mengibarkan Jalur Gemilang. Itu membuatkan saya bangga bekerja di sini.
  6. Malangnya di sepanjang jalan dari Seremban ke Putrajaya, amat kurang kelihatan kereta yang mempunyai jalur gemilang.
  7. TV pula mula menyiarkan beberapa rancangan yang bersifat patriotik. Kalau di Hollywood, menjelang tarikh kemerdekaan, hampir semua TV menayangkan cerita yang bersifat patriotik.
  8. Kalau kita melihat filem-filem Hollywood, akan sentiasa ada babak yang menayangkan bendera USA sedang berkibar. Biarpun babak tersebut berlaku hanya untuk beberapa saat dan kesinambungan babak tidak begitu siknifikan.
  9. Mengibarkan jalur gemilang bukanlah lambang patriotosma yang total. Namun, melihat Jalur Gemilang yang berkibar megah akan membuat kita merasa bangga.
  10. Hanya ada beberapa hari sahaja lagi untuk kita mengibarkan Jalur Gemilang. Kibarkanlah sempena kemenangan pejuang-pejuang kita ini. 

No comments: