Search This Blog

Wednesday, September 11, 2013

SEMANGAT MERDEKA 7


  1. Kalau kita fikirkan apakah siknifikan di antara mengebar Jalur Gemilang dengan semangat kemerdekaan? Secara logoknya, memang kita tidak akan melihat sebarang siknifikan.
  2. Bendera sebenarnya mempunyai perlambangan yang sangat kukuh dan berhubung rapat dengan semangat kenegaraan dan patriotisma.
  3. Setiap bendera mempunyai perlambangan yang tersendiri. Bendera putih itu sebenarnya adalah lambang menyerah kalah. Bila dikibarkan sahaja, maka serangan akan ditamatkan.
  4. Dalam permainan bola sepak, bendera juga mempunyai peranan yang amat penting. Penjaga garisan akan menggunakan bendera untuk memberi isyarat kepada pengadil.
  5. Setiap organisasi mempunyai bendera mereka yang tersendiri dan unik. PBB, OIC, Olimpik dan sebagainya mempunyai bendera yang unik. Bendera ini akan dikibarkan untuk menunjukkan organisasi itu masih utuh berdiri.
  6. Kumpulan yang bersihat jahat juga mempunyai bendera mereka sendiri. Malah, ada beberapa kumpulan yang bergiat jahat dalam aktiviti yang sama akan menggunakan bendera yang sama. Lanun misalnya, tanpa mengira pemimpin, mereka akan menggunakan bendera yang mempunyai lambang tengkorak.
  7. Cumanya, kumpulan penjahat ini jarang mengibarkan bendera mereka secara terbuka. Sebab utama adalah untuk melindungi aktiviti jahat mereka. Bendera hanya akan dikibarkan pada masa dan tempat tertentu sahaja.
  8. Setiap negara akan hanya mempunyai satu bendera. Bendera itu akan kekal sampai bila-bila. Sekalipun corak dan rekabentuk bendera tersebut amat menggerikan.
  9. Tidak pernah terjadi ada negara yang menukarkan corak dan rekabentuk bendera negara tanpa sebarang sebab yang munasabah. Penggabungan Jerman hanya melibatkan sedikit perbezaan dalam bendera mereka.
  10. Peliknya, di Malaysia, ada kumpulan yang cuba menukar Jalur Gemilang dengan satu bendera lain. Lebih pelik, usaha ini mendapat sokongan sebahagian daripada rakyat Malaysia. Nampak seperti rakyat Malaysia amat naif dalam memahami maksud bendera. Itupun sanggup mengaku diri sebagai pejuang negara. Memalukan.....

No comments: