Search This Blog

Monday, September 16, 2013

WIRA NEGARA


  1. Tatkala kita meraikan Hari Malaysia yang ke 50, kita disensasikan dengan berita kematin Chin Peng yang kebetulan jatuh pada tarikh yang sama.
  2. Maka ada ramai individu di Malaysia yang menjadi gila glamour. Ada yang mengangkat mendiang sebagai perwira dan ada yang lebih ekstream mengangkat mendiang sebagai khalifah.
  3. Ada yang sewenang-wenangnya menggunakan istifat 'wafat', 'allahyarham', 'semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman' dan sebagainya lagi.
  4. Peliknya semua yang menggunakan istilah mulia Islam itu adalah orang Melayu. Mungkin nilai Islam mereka berbeza, namun mereka tetap Melayu.
  5. Bangsa lain pula mempunyai visi yang berbeza. Ada yang mahu membawa mendiang ke Malaysia untuk ditanam. Ada yang mahu membawa pulang abu beliau untuk dipamerkan. 
  6. Melayu yang bersuara sumbang adalah mereka yang menyokong pembangkang khususnya Parti Islam SeMalaysia dan PKR. PKR saya faham. Halatuju keagamaannya kabur dan bersimpang siur. 
  7. Namun penyokong PAS membuatkan saya keliru. Mana nilai Islam dalam parti tersebut? Kalau UMNO dituduh kafir, mengapa pula komunis hendak diangkat? 
  8. Komunis bukan sekadar perjuangan. Komunis adalah ideologi besar yang mahu menghapuskan semua agama terutama sekali agama langit termasuklah agama Islam. Kalau kita Islam, mengapa kita perlu mengangkat individu yang mahu menghapus Islam sebagai wira?
  9. Orang Cina saya faham. Mereka mahu mencari tokoh yang boleh diangkat sebagai wira Malaysia. Sehingga kini, mungkin Cina belum bertemu calon yang sesuai. Maka, calon tunggal mereka adalah Chin Peng, tokoh komunis Asia.
  10. Pada saya ini hanya mendedahkan fakta sebenar. Cina tidak menyumbang satupun dalam kemerdekaan Malaysia kecuali melalui perjuangan dan tindakan Chin Peng. Bayangkan keganasan bintang tiga kepada Melayu selepas Jepun menyerah kalah. Wirakah Chin Peng di mata Melayu????

No comments: