Search This Blog

Tuesday, September 17, 2013

WIRA NEGARA 2


  1. Siapa yang boleh kita angkat sebagai wira negara? Kita selalu mencari wira-wira yang hebat dan gah. Sedangkan wira negara lahir hari demi hari.
  2. Tukang sapu jalan yang membersihkan negara boleh sahaja diangkat sebagai wira negara. Tukang sapu jalan tersebut ikhlas membersihkan negara. 
  3. Sebaliknya pemimpin besar yang mengotorkan negara dengan rasuah dan salahguna kuasa memang tidak layak bergelar wira. Sekalipun wira untuk keluarganya. Kekotoran dari rasuah ini kekal keterunan demi keturunan.
  4. Apalagi seorang pemimpin yang telah mengotorkan negara dengan darah dan keganasan. Kekotoran yang mengalirkan dendam kesumat. Bukan sedikit korban keganasan komunis di Malaysia.
  5. Kalau kita perhatikan, komunis di China berkembang mudah untuk menghapuskan kerajaan beraja di sana. Maka, komunis menjadi wadah penyatuan yang mampu menjanjikan keadilan di China.
  6. Di Tanah Melayu keadaan adalah sebaliknya. Kita mahu menentang penjajah. Kita telah cuba menghalau penjajah dengan kaedah penentangan bersenjata semenjak 1511 lagi. Semuanya tidak menemui kejayaan.
  7. Komunis meneruskan legasi ini. Menentang keganasan dengan keganasan. Maka, rakyat akan menderita. Banyak rakyat akan terkorban tanpa sebab. 
  8. Lebih malang perjuangan komunis bertukar daripada pejuang kemerdekaan kepada perjuangan untuk kuasa selepas 1957. Maka, matlamat perjuangan hanyalah mahu berkuasa dengan cara merampas.
  9. Rundingan Baling untuk berkongsi kuasa gagal menamatkan penentangan komunis. Maka, komunis terus berjuang untuk berkuasa dalam negara yang semakin menuju kemodenan.
  10. Kalau kita fikirkan, mengapa perjuangan perlu diteruskan sedangkan tujuan asal perjuangan itu adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu. Semua itu membuatkan kita prejudis terhadap perjuangan komunis di Malaysia. 

No comments: