Search This Blog

Wednesday, September 18, 2013

WIRA NEGARA 3


  1. Saya lahir 10 tahun selepas kemerdekaan. Ketika peristiwa berdarah 13 Mei, saya hanya berusia dua tahun. Banyak sejarah sebenar yang saya terlepas. Banyak yang berlalu begitu sahaja.
  2. Namun sehingga usia saya 10 tahun, sebagai orang Melayu hidup kami begitu prejudis kepada bangsa lain. Ada sahaja persepsi negetif mengenai bangsa lain.
  3. Ketika saya ke bandar saya amat berasa bangga apabila melihat orang Cina dan India berbual menggunakan bahasa Melayu. Saya kagum kerana saya nampak Malaysia ketika itu.
  4. Ayah saya seorang petani. Segala-galanya bergantung kepada taukeh Cina. Peraih, pekedai, segala-galanya perlu berhubung dengan taukeh Cina.
  5. Sehinggalah DEB diperkenalkan pada tahun 70, ayah ayah memustuskan untuk menjadi usahawan pada tahun 1977. Beliau ketika itu dibimbing dan dibantu oleh beberapa buah agensi kerajaan.
  6. Namun bantuan sebenar datang daripada beberapa orang taukeh Cina. Ada beberapa orang yang masih lagi menjadi sahabat baik saya sehingga kini.
  7. Malah, anak-anak taukeh Cina tersebut masih menghormati saya sebagai individu yang paling sukar ditandingi dalam bidang akademik.
  8. Hasilnya, semua kakak saya menyambung legasi perniagaan tersebut sehingga kini. Saya kekal dalam karier makan gaji. Saya terpaksa menghabiskan kontrak belajar sehingga mencecah usia 50 tahun.
  9. Ketika memulakan perniagaan, sokongan lebih banyak datang daripada kaum Cina dan India kepada ayah saya. Selepas dua tahun, baru kaum Melayu menyokong dan mencontohi ayah saya.
  10. Pada saya, ayah saya seorang wira negara. Wira yang menggerakkan hati setiap Melayu untuk menjadi usahawan di kawasan tersebut. Hairan, mengapa orang Cina terlalu sukar mencari wira negara untuk diangkat oleh seluruh warga Malaysia. Jelas sekali, Chin Peng bukanlah orangnya.

No comments: