Search This Blog

Thursday, September 19, 2013

WIRA NEGARA 4


  1. Ketika dulu ada seorang taukeh yang diangkat menjadi wira. Beliau adalah yap Ah Loy. Ketika itu beliau dinamakan sebagai orang yang membuka Kuala Lumpur.
  2. Ada beberapa fakta yang dibetulkan kemudian. Ada yang mendakwa Yap Ah Loy tidak membuka Kuala Lumpur, sebaliknya dibuka oleh Tuan Haji Abdullah Hukum.
  3. Biar apa pun, Yap Ah Loy yang memajukan Kuala Lumpur sebagai pusat perlombongan dan seterusnya menjadi pusat penempatan utama di Malaysia.
  4. Kuala Lumpur terus membangun. Sekadar membuka sesuatu tempat siapa sahaja boleh melakukannya. Memajukannya adalah perkara yang paling sukar.
  5. Yap Ah Loy dari konteks ini berjaya menjadi seorang hero yang sukar ditandingi. Kerana itu keluarga Yap amat jarang menjadi penentang kerajaan sehingga kini.
  6. Kemudian muncul pula Tan Cheng Lock. Cina yang menjadi pengerusi dewan perniagaan Cina Kuala Lumpur.
  7. Tan Cheng Lock turut sama berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu. Bukan mudah mencari pengaruh semua Cina untuk menyokong UMNO ketika itu.
  8. Tan Cheng Lock berjaya melakukannya dengan cemerlang. Cina ketika itu memberi sokongan padu kepada usaha Tan Cheng Lock.
  9. Kita sendiri sedia maklum, Cina yang bermula dengan nama Tan tidak akan menjadi pemimpin DAP. Begitu juga dengan Yap. 
  10. Hero Cina di Malaysia sebenarnya sudah ada. Namun tidak ada hero Cina dari keluarga Lim dan Ngeh. Kerana itu, ada golongan yang mencari hero lain untuk diangkat. Biarpun sebenarnya hero tersebut adalah penjahat yang durjana kepada Malaysia. 

No comments: