Search This Blog

Sunday, October 6, 2013

KORBAN : SEBUAH ERTI


  1. Minggu depan kita akan menyambut hari raya korban. Ada umat Islam yang setiap tahun akan mengambil bahagian dalam majlis korban paling kurang pun satu bahagian. Ada pula yang tidak terfikir langsung untuk menyertai ibadah korban ini.
  2. Harga bahagian korban sentiasa meningkat. Era 70an dahulu, arwah ayah saya sentiasa berkorban paling kurang 2 bahagian setahun. Namun ketika itu nilainya hanya dalam lingkungan RM150.00 satu bahagian.
  3. Nilai ini meningkat tahun demi tahun. Malah, meningkat setiap tahun. Nilai peningkatan pula stabil pada RM50.00 satu kenaikkan.
  4. Tahun lepas nilainya RM400.00 satu bahagian. Tetapi tahun ini nilainya telah meningkat kepada RM450.00 satu bahagian.
  5. Itu di kariah saya. Saya lihat di Masjid Wilayah Persekutuan, nilainya adalah RM480.00 satu bahagian.
  6. Namun hari ini jumlah ternakan untuk ditumbangkan semakin meningkat. Kalau dulu hanya keluarga saya yang mempelopori korban di kampung, tetapi kini semua golongan manusia boleh terlibat.
  7. Dulu setiap tahun agihan daging korban sentiasa tidak cukup. Ada sahaja yang tidak puas hati kerana tidak mendapat agihan daging korban. 
  8. Sekarang daging korban berlebih-lebih. Ramai yang menolak agihan daging korban. Ramai yang hanya berkata terima kasih dan berilah kepada orang lain. Akibatnya, korban lebih diberikan kepada golongan pendatang.
  9. Pada saya korban menunjukkan kemampuan umat Islam di Malaysia telah meningkat. Melayu dan Islam di Malaysia mula terlibat secara langsung dalam menentukan ekonomi negara. Biarpun harga ternakan semakin meningkat, namun bilangan peserta semakin bertambah.
  10. Sebenarnya, usaha kerajaan untuk memartabatkan Umat Islam di Malaysia telah berhasil. Korban hanya satu indikator. Kita cuma perlu berfikir untuk menerima kebenaran ini.
ADIOSSSSSS

No comments: