Search This Blog

Monday, October 7, 2013

KORBAN : BIARLAH BEERTI


  1. Ibadah korban sebenarnya hanya satu simbolik untuk menguji keimanan kita. Jika kita sanggup berkorban, kita juga sepatutnya mampu mengenang pengorbanan orang lain.
  2. Ibadah korban bukanlah satu aktiviti klise. Bayar dan korban. Sebaliknya simbolik rohani yang memerlukan penilaian 360 darjah.
  3. Apabila korban itu simbolik, sebab untuk menyertainya juga memerlukan alasan yang absurd. Kita berkorban atas keyakinan kita. Bukan atas sebab lain.
  4. Maka, pengorbanan orang lain juga perlu dikenang atas alasan yang sama.
  5. Malaysia terbentuk melalui pengorbanan yang bukan sedikit. Ramai yang terkorban, dikorbankan, dan mengorbankan sama ada jiwa, raga mahupun harta benda.
  6. Sebabnya secara khusus sukar untuk kita telah. Namun secara umumnya adalah kerana keyakinan semua yang berkorban itu bahawa Malaysia mampu menggegar dunia.
  7. Lantaran itu mereka dengan penuh yakin berkorban apa sahaja untuk Malaysia. Ada yang berjaya dan ada yang tidak.
  8. Yang berjaya adalah kerana pengorbanan mereka itu tepat dan diredai Allah. Malah, skrip pengorbanan itu bersambung dari satu babak ke satu babak.
  9. Yang gagal kerana kaedah dan langkah pengorbanan mereka terpesong. Justeru tidak mendapat keredaan Allah. Golongan ini terus tewas dan terus tertinggal.
  10. Sempena Hari Raya Kurban ini, marilah kita mengenang semua pejuang yang telah berkorban untuk negara kita dengan penuh ikhlas dan yakin. Kita kecapi hasilnya. Apa salahnya kita hargai pengorbanan mereka.
ADIOSSSS

No comments: