Search This Blog

Tuesday, October 8, 2013

KORBAN : NIAT DAN KEBIJAKSANAAN


  1. Kemajuan, kejayaan, kekuatan, dan pengaruh memerlukan pengorbanan yang besar. Banyak perkara yang perlu dikorbankan.
  2. Islam itu melatakkan jihad yang paling utama adalah berkorban harta. Kerana itu kita melihat semua Khalifah Arrasyidin mengorbankan harta benda mereka untuk membangunkan Islam.
  3. Malangnya khalifah yang selepas zaman tersebut memaksa rakyat dan pengikut pula berkorban harta benda untuk mereka.
  4. Tindakan ini terus menjadi ikutan kepada hampir semua pemimpin yang menggunakan Islam sebagai platform perjuangan.
  5. Setiap aktiviti pemimpin pasti ada sahaja tangan yang ditadah untuk memungut derma. Derma tersebut atas dasar berkorban untuk Islam.
  6. Malangnya, tidak ada pembentangan ke mana dan untuk apa wang dan harta yang dikorbankan itu digunakan. 
  7. Yang nyata, pemimpin-pemimpin tersebut akan hidup dalam kemewahan. Sedangkan pengikut yang sentiasa berkorban terus diperbodohkan.
  8. Berkorban memerlu niat. Niat memerlukan kebijaksanaan. Niat dan kebijaksanaan akan memberi makna kepada pengorbanan.
  9. Niat sahaja akan menjadikan pengorbanan kita satu perngorbanan yang sia-sia. Kita berkorban untuk usaha yang kabur. Semakin banyak kita berkorban hanya dengan niat, semakin jauh sebenarnya objektif untuk kita capai.
  10. Kebijaksanaan akan melengkapkan maksud niat. Kita perlu tahu sebab sebenar kita berkorban. Kita perlu tahu ke mana digunakan harta yang dikorbankan. Kita perlu yakin dan penuh percaya kepada agenda perjuangan kumpulan yang menuntut kita berkorban. Bertanyalah...bertanya adalah syarat utama untuk menjadi bijak.
ADIOSSSSS

No comments: