Search This Blog

Thursday, October 10, 2013

KORBAN: SATU PERSEDIAAN


  1. Jika kita hendak melakukan ibadah korban, adalah sunnah untuk kita tidak memotong rambut dan kuku mulai 1 Zulhijjah sehingga selesai kita melakukan ibadah tersebut.
  2. Simboliknya dalam setiap pengorbanan ada sahaja tegahan yang perlu kita patuhi. Momotong rambut dan kuku adalah sunat dilakukan pada hari Jumaat, namun menjadi terhalang apabila kita hendak melakukan ibadah korban.
  3. Maka, pengorbanan sebenarnya memerlukan penilaian niat yang bukan sedikit. Perkara sunat apabila menjadi larangan, menunjukkan objektif sebuah pengorbanan adalah amat besar.
  4. Kerana itu setiap pengorbanan harus didahului dengan objektif yang sangat jelas dan memerlukan penilaian dari semasa ke semasa.
  5. Yang berkorban hanya akan dianggap wira sekiranya objektif pengorbanan tercapai ketika objektif itu masih relevan.
  6. Faktor wira yang berkorban ini pula bukan hanya perlu memikirkan tentang relevan satu objektif, namun cara dan kaedah pengorbanan juga hendaklah relevan.
  7. Sebagai contoh berkorban untuk kemerdekaan negara amat besar objektifnya. Bukan seorang dua, malah ratusan manusia yang telah berkorban.
  8. Hanya seorang pemimpin yang mampu membawa kemerdekaan. Jika, ada lebih daripada satu pemimpin, maka kemerdekaan yang diperjuangkan akan menjadi kebebasan sementara. Permusuhan di antara dua pemimpin itu pasti akan berlaku.
  9. Di kala berlaku permusuhan, akan ada pasukan yang menang dan pasukan yang kalah. Yang menang akan dianggap wira sebenar, dan yang kalah akan terus menjadi pengkhianat negara.
  10. Maka, persediaan untuk pengorbanan amat memerlukan perancangan dan kebijaksanaan yang bukan sedikit. Dalam banyak keadaan, kebijaksanaan akan mengatasi segala bentuk perancangan.
ADIOSSSS

No comments: