Search This Blog

Wednesday, October 16, 2013

PRK SUNGAI LIMAU : STRATEGI


  1. Saya percaya semua rakyat Malaysia menantikan tarikh 4 November 2013. Pada hari tersebut, PRK DUN Sungai Limau akan diadakan.
  2. Pastinya hanya dua parti politik akan bertanding. BN pastinya akan diwakili oleh calon Melayu. PR pula pastinya akan diwakili oleh calon PAS.
  3. Saya menjangkakan, calon tetap menjadi faktor utama. Maka, setiap parti akan pasti mengemukakan calon yang paling berwibawa.
  4. Jika, parti menjadi pilihan pengundi, maka BN akan menang mudah. BN sebenarnya adalah sebuah parti politik yang mampu mentadbir mana-mana negara tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana parti lain. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.
  5. PR pula akan menggunakan PAS. PAS digunakan di kawasan yang paling banyak Umat Islam. PAS akan mengemukakan beberapa NAS dan Hadis yang mampu menakutkan semua Umat Islam jika tidak mengundi PAS.
  6. Antara modal utama PAS adalah mereka kononnya pejuang Islam yang sebenar. Tanpa PAS, Islam di Malaysia akan menjadi caca-marba. Itu modal klise yang wajib digunakan.
  7. PAS sebenarnya telah diberi mandat satu penggal oleh rakyat Malaysia. Malangnya, Islam sebenar tidak muncul di Kedah.
  8. PAS memberi alasan Kerajaan Persekutuan yang menghalang. Maka, apa gunanya memberi undi kepada PAS jika yang sebenarnya berkuasa adalah Kerajaan Persekutuan.
  9. Bukan sahaja di Kedah, malah di Kelantan dan di mana-mana negeri, rakyat setempat sudah bosan dengan pentadbiran PAS. Namun, PAS menang juga.
  10. Faktor sebenar yang membuatkan PAS menang adalah pengundi luar yang pulang mengundi di kampung. Golongan ini selesa tinggal di kawasan yang dimenangi oleh BN, maka mereka mahu korbankan rakyat setempat dengan pentadbiran yang huru-hara.
ADIOSSSS

No comments: