Search This Blog

Wednesday, October 30, 2013

PRK SUNGAI LIMAU : FAKTOR KEMENANGAN


  1. Umum tahu Sungai Limau adalah kubu kuat PAS. DUN ini telah dimenangi selama 5 penggal oleh Tan Sri Azizan. Maka, PAS akan menjadikan Sungai Limau sebagai aset tetap mereka.
  2. Cerita Gelang Patah pula menggambarkan sebaliknya. Kubu kuat BN tumbang di tangan pejuang tegar DAP yang begitu ekstrem sejak 1969 lagi.
  3. Gelang Patah membuktikan segalanya berkemungkinan dalam politik. Atau sebaliknya, Gelang Patah membuktikan kuasa memilih sepenuhnya berada di tangan rakyat.
  4. Secara lebih sinikal, Gelang Patah membuktikan sifat perkauman yang sebenar. Konsep undi aku untuk kaum aku begitu menjadi di gelang Patah.
  5. Sungai Limau lain pula ceritanya. Hampir 100% pengundi adalah Melayu. Adalah Islam. Adalah bersaudara. Adalah seagama.
  6. Dalam kesemua kesamaan itu, Melayu paling gemar berpecah belah. Penuh dengan sifat dengki domba. Hanya satu cara untuk menunjuk baik pada Melayu, buktikan yang sebelah sana jahat. Sebelah sana kafir. Sebelah sana rasuah.
  7. Melayu Kedah sedikit berbeza dengan Melayu Kelantan. Di Kedah, nilai kepimpinan itu lebih penting daripada parti yang bertanding. Orang Kedah lebih percaya individu daripada janji dan deruman ceramah yang meletup-letup.
  8. Nama-nama besar seperti Mat Sabu, Dr. Mashitah, dan macam-macam lagi tumbang hanya kerana pemilih tidak yakin dengan kepimpinan mereka.
  9. Bersafarkan fakta ini, BN mempunyai sedikit ruang untuk mencipta kejutan. YAB MB baru Kedah penuh dengan sifat kepimpinan. Jauh lebih baik berbanding pemimpin lain di Kedah.
  10. Malah hari ini para pemimpin BN di Kedah telah 100% berubah. Menjadi semakin dekat dengan rakyat. Maka, saya percaya, sedikit sebanyak pengundi Sungai Limau mula memikirkan tentang kehebatan mereka.
ADIOSSSSS

No comments: