Search This Blog

Wednesday, October 23, 2013

PRK SUNGAI LIMAU : TRANSFORMASI PENAMAAN CALON


  1. Tidak kira parti mana yang bertanding, penamaan calon adalah proses yang paling penting. Calon yang akan bertanding perlu mendaftarkan diri untuk bertanding.
  2. Kita ketepikan soal perjuangan. Perjuangan bukan sekadar kata-kata, sebaliknya tindakan yang tepat untuk menzahirkan kata-kata dan janji.
  3. Kita ketepikan manifesto. Manifesto ketika ini seringkali menjadi bahan yang paling berkesan untuk memperbodohkan pengundi. Sehingga ada yang berani mengatakan, manifesto sebenarnya bukan janji yang perlu ditunaikan.
  4. Kita fokus kepada kepada suasana penamaan calon. Aman, damai, tenang, dan begitu menggambarkan sifat Islam dan Melayu.
  5. Sebabnya mudah, yang bertanding hanya PAS dan UMNO. Kedua-dua parti ini memang tidak ada bezanya. Sama sahaja dari segi perjuangan mahupun budaya dan asal usul.
  6. Wanita UMNO dan PAS dilihat mesra. Berbual seperti saudara. Pemuda UMNO dan PAS seperti adik beradik. Pemimpin UMNO dan PAS bersalaman. Berbicara dan dilihat penuh mesra.
  7. Sungai Limau jelas menunjukkan UMNO dan PAS itu sebenarnya sama. Amat sukar untuk dibeza dan membezakan.
  8. Secara faktanya Sungai Limau adalah kubu kuat PAS. Syukur, satu inseden burukpun tidak berlaku. Kita boleh lihat, kedua-dua baik pemimpin mahupun penyokong boleh duduk dan minum bersama.
  9. Yang membezakan ketika ini adalah rakan sekutu UMNO dan rakan sekutu PAS. UMNO bersama MIC dan MCA. Sahabat yang setia dan tidak pernah berangan untuk menguasai Melayu di Malaysia.
  10. PAS bersama PKR dan DAP. PKR yang membawa perjuangan dsai untuk menjadi PM. DAP pula tidak perlu diperkatakan. Pandangan dan layan DAP kepada Melayu sejak 1969 lagi tidak sanggup saya katakan. Memilih UMNO anda turut mengiktiraf MCA dan MIC. Memilih PAS anda telah mengagungkan DAP dan pkr.
ADIOSSSSSSSS

No comments: