Search This Blog

Thursday, October 31, 2013

PRK SUNGAI LIMAU : KESAN GST


  1. Cukai adalah ,ekanisma kerajaan untuk memungut hasil. Hasil yang dipungut akan digunakan untuk mengurus dan membangunkan negara.
  2. Pengurusan hasil yang cekap akan menggandakan nilai cukai yang dipungut. Kesannya boleh dirasai secara terus ataupun dalam jangka masa yang panjang.
  3. Sebagai contoh, pembinaan masjid, surau, SAR, sekolah, universiti, dan hospital adalah hasil daripada wang pungutan cukai yang diuruskan dengan cekap.
  4. Ketulusan pengurusan wang pungutan cukai ini diukur melalui pembangunan sesebuah negara. Kaedah perbandingan akan digunakan. Sebagai contoh, membandingkan pembangunan Malaysia yang hanya mempunyai 27 penduduk dengan Indonesia yang mempunyai ratusan juta penduduk. Maka, pembangunan Malaysia menggambarkan pengurusan hasil wang cukai Malaysia lebih telus, efesien dan efektif.
  5. Kita juga boleh membandingkan pembanggunan sesebuah negeri. Jika kita bandingkan Melaka dan Kelantan, kita akan dapati bilangan penduduk adalah sama ramai. Perbezaannya adalah darjah kemajuan. Melaka lebih maju dari Kelantan. Maka. secara teorinya kita boleh katakan pengurusan wang hasil cukai Melaka lebih telus, efesien dan efektif berbanding Kelantan.
  6. GST hanya akan dilaksanakan mulai April 2015. Ertinya ada tempoh 18 bulan untuk Malaysia membuat persediaan. Tempoh ini akan menjadikan perlaksaan GST tidak akan menghadapi masalah.
  7. Sebelum melaksanakan GST, Malaysia mengamalkan SST dengan nilai cukai 16%. GST hanya mempunyai nilai 6%. Ertinya secara teori, harga barang secara purata akan turun sebanyak 10%.
  8. GST juga dikenali sebagai VAT atau Value Addes Tax. Ini bererti barangan dan perkhidmatan yang tidak mempunyai nilai tambah tidak akan dikenakan GST. Begitu juga SST. Dalam kata barang barangan keperluan asas besar kemungkinan tidak akan berubah harga.
  9. Nilai GST akan dikira di pelbagai peringkat dan boleh dibuat tuntutan semua. Jadi GST tidak dimasukkan dalam kos pengeluaran barang atau produk. Ertinya, pembeli hanya akan membayar harga kos dan keuntungan syarikat tanpa cukai.
  10. Maka saya jangkakan dengan terlaksananya GST, harga barangan yang mempunyai nilai tambah akan berkurang dalam lingkungan 10% ke 15% daripada harga semasa. Jangan risau, GST tidak akan menyusahkan kita. 
ADIOSSSS

No comments: