Search This Blog

Sunday, November 3, 2013

PRK SUNGAI LIMAU : DEBARAN KEPUTUSAN


  1. Bila tempoh berkempen telah berlalu, maknanya kesemua maklumat yang sepatutnya telah disampaikan kepada 27 ribu pemilih di DUN Sungai Limau.
  2. Namun kempen atas talian terus berlaku. BN sebelum PRU12, tidak langsung menggunakan kaedah ini. Namun kini, kedua-dua pihak menggunakan semua platform berkempen.
  3. Sebenarnya di Malaysia hanya ada dua (2) buah parti yang bertanding. BN dan PR. Bezanya BN menggunakan satu lambang sementara PR menggunakan lambang komponen parti masing-masing.
  4. BN seperti semua sedia maklum didominasi dan ditadbir oleh UMNO. MCA dan MIC sebagai komponen utama akan menambah baik pentadbiran UMNO. Justeru, BN berjaya membangunkan Malaysia jauh lebih cemerlang berbanding mana-mana negara berbilang bangsa di dunia ini.
  5. PR pula dikuasai oleh DAP. DAP hanya bertanding di kawasan yang mampu menang. DAP menguasai semua pusat pentadbiran negara dan negeri. Dalam kata lain, DAP berada di setiap nadi utama negeri dan negara.
  6. PKR pula adalah sebuah parti baru. Rekod menunjukkan parti baru sangat bergantung kepada kekuatan seorang pemimpin. Perginya pemimpin tersebut, maka tamatlah riwayat parti baru tersebut.
  7. PAS pula menggunakan Islam khususnya HUDUD sebagai modal utama. Hudud telah digunakan sejak 1950 hingga ke hari ini. Namun hudud hanya menjadi modal politik yang paling berguna buat PAS.
  8. Apabila PR semakin kuat, kita akan dapati semakin ramai rakyat bukan Melayu khususnya di semenanjung mengulang fenomena 1969 dahulu. Ini jelas menunjukkan PR dikuasai, ditadbir dan diuruskan oleh DAP.
  9. Pun begitu, setiap pengundi berhak memilih sesiapa sahaja dalam PRK. Rakyat percaya calon yang dipilih adalah calon yang terbaik. Faktor takdir juga penting. Kalau ditakdirkan calon BN menang, maka akan menanglah calon itu. 
  10. Sama-sama kita tunggu keputusan PRK Sungai Limau yang dijangka akan diumumkan pada jam 9;30 malam ini. Keputusan PRK ini akan menunjukkan suatu yang amat berharga buat rakyat Malaysia khususnya Melayu Islam. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberi kemenangan kepada parti yang tepat. Amin.
ADIOSSSSS

No comments: