Search This Blog

Monday, October 21, 2013

PRK SUNGAI LIMAU : PARTI YANG PATUT DIPILIH


  1. PRK Sungai Limau sebenarnya amat mudah untuk membuat pilihan. Hanya akan ada dua calon yang akan bertanding. Satu dari BN dan satu daripada PR.
  2. BN pastinya akan diwakili oleh UMNO. Malah itu akan menjadi kepastian. UMNO di Kedah adalah BN. BN di Kedah hampir 80% adalah UMNO.
  3. PR pula 60% akan memilih PAS memandangkan Islam akan menjadi mesin dan senjata yang paling berkesan untuk meraih undi Melayu. 
  4. Jika dilihat secara kasar, di Kedah tidak ada bezanya di antara Islam PAS dan Islam UMNO. Malah di Malaysia juga begitu.
  5. Cumanya Islam UMNO itu lebih merendah diri. Ramai orang Islam UMNO yang tidak menonjolkan diri mereka sebagai alim ulamak. Sebaliknya pengetahuan agama mereka jauh lebih tinggi.
  6. Islam dalam PAS pula akan mengagungkan pemimpin. Pemimpin akan diangkat sebagai ulamak. Atau paling kurang Ustaz atau Ustazah.
  7. Namun, isu kalimah ALLAH membuktikan PAS dan Ulamak itu tidak mempunyai ikatan yang kuat. Isu ini membuktikan PAS hanya sekadar parti politik.
  8. Tidak ada pemimpin utama PAS yang bersetuju dangan pandangan Haron Din, ulamak tersohor dalam PAS.
  9. PAS tetap mengikut petunjuk rakan-rakan PR lain dalam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh sesiapa sahaja.
  10. Jadi, kalau Islam menjadi ukuran, BN jauh perlu dipilih berbanding PR.
ADIOSSS

No comments: