Search This Blog

Thursday, October 17, 2013

PRK SUNGAI LIMAU : UNTUK APA?


  1. Pilihanraya sebenarnya adalah hak dan aktiviti penduduk dalam DUN tersebut sahaja. Pengundi luar sebenarnya mencacatkan kehendak penduduk setempat.
  2. Penduduk DUN Sungai Limau lebih tahu apa yang mereka mahukan berbanding penduduk asal yang telah berhijrah ke luar Sungai Limau.
  3. Lazimnya dalam Malaysia hari ini bilangan pengundi luar lebih ramai yang berdaftar di tempat asal mereka. Kelantan contohnya, setiap kali PRU akan berlaku kesesakan untuk pengundi pulang ke Kelantan.
  4. Pengundi yang bekerja dan bermastautin di luar sepatutnya dihalang dari menjadi pengundi berdaftar di kawasan yang tidak mereka diami.
  5. Calon yang menang tidak akan menjadi calon yang tepat untuk memajukan kawasan kerana pengundi luar selalunya lebih mementingkan persepsi daripada perkara sebenar.
  6. Sebagai contoh, orang Kelantan hanya segelintir tinggal di Kelantan. Peluang pekerjaan dan segala kemudahan terus ketinggalan di negeri tersebut. Yang tinggal hanyalah penduduk yang mahukan perubahan pemerintahan.
  7. Kebanyakkan rakyat Kelantan berhijrah ke bandar-bandar besar. Hampir kesemuanya diperintah oleh BN. Maka peluang pekerjaan dan kemudahan awam serba lengkap.
  8. Maka, mereka lebih memilih untuk mengundi kerana persepsi. Islam sebagai landasan. Keadilan sebagai batasan. Rasuah sebagai kebencian. Semuanya persepsi tanpa sebarang bukti.
  9. Kalau kita lihat, terlaksanakah hudud di Kelantan setelah puluhan tahun PAS memerintah? Tidak. Tinggikah iman rakyat? Tidak. Agungkah Islam di sana? Tidak juga. Semuanya sama seperti di Johor. Malah, Johor adakalanya lebih baik.
  10. Jadi, SPR perlu mengambil tindakan untuk hanya membenarkan pendaftaran pemilih mengikut tempat tinggal sebenar. Bukan mengikut pilihan pengundi. Jika gagal, akan sentiasa ada kawasan yang mundur dan tertinggal dalam pembangunan negara.
ADIOSSSS

No comments: