Search This Blog

Wednesday, November 13, 2013

PENJAWAT AWAM KINI 2


    1. Berapakah gaji penwat awam hari ini? Jika penjawat awam tersebut masuk dengan kelulusan ijazah, maka gaji akhir beliau akan mencecah 5 angka. Gaji akhir guru ijazah di gred DG41 adalah RM8,652 sebulan. Sementara gaji guru di gred 54 adalah RM11,864 sebulan.
    2. Berdasarkan prinsip kenaikkan pangkat KUP berdasarkan time based 8-6-6-3, semua guru akan yang tidak mempunyai masalah prestasi dan tatatertib akan mendapat gaji akhir RM11,864.00 sebulan.
    3. Teori pengiraan saya adalah seperti berikut. Gaji awal guru di gred 41 adalah RM1,917 dengan KGT RM225. Dalam masa lapan tahun gaji gred 41 akan menjadi RM3,717 sebulan.
    4. Gaji guru di gred 44 akan bermula dengan RM3,967 sebulan dengan KGT 250 setahun. Dalam masa 6 tahun gaji akan menjadi RM5,456 sebulan.
    5. Gaji guru di gred 48 akan bermula dengan RM5,737 sebulan dengan KGT RM270 setahun. Dalam masa 6 tahun akan menjadi RM7,357.
    6. Gaji guru di gred 52 akan bermula dengan RM7,647 sebulan dengan KGT RM290 setahun. Dalam masa 3 tahun gaji guru gred 52 akan menjadi RM8,517 sebulan.
    7. Gaji guru di gred 54 akan menjadi RM8,837 sebulan dengan KGT RM320 setahun. Ertinya dalam masa 9 tahun, seorang guru akan mendapat gaji maksima bernilai RM11,864.00 sebulan.
    8. Tempoh daripada mula bertugas sehingga mendapat gaji maksimak tersebut adalah 29 tahun. Seorang guru hanya perlu menambah satu tahun perkhidmatan tanpa KGT sebelum bersara dan akan menikmati pencen bulanan berjumlah RM7,118.40 sebulan. 
    9. Nilai pencen ini adalah hampir sama dengan yang diterima oleh guru di gaji permulaan di gred 52. Tempoh masa ini adalah bersamaan dengan guru tersebut telah berkhidmat selama 20 tahun.
    10. Itu baru gaji dan pencen. Belum lagi ditambah dengan elaun perumahan, keraian, dan pelbagai elaun lain. Jika ditambah semuanya, di gred 48, seseorang guru telah mempunyai pendatan 5 digit. Jadi...kenapa masih ada guru yang terus ragu-ragu untuk menyokong kerajaan????
ADIOSSSSS

No comments: