Search This Blog

Friday, November 15, 2013

PENJAWAT AWAM KINI 3


  1. Semua sedia maklum, mulai November 2013 tidak ada lagi gred 1 - gred 10 dalam perkhidmatan awam. Ertinya gred terendah dalam perkhidmatan awam adalah gred 11.
  2. Jadi dalam siri ini saya akan menulis mengenai gaji penjawat awam yang tidak mempunyai ijazah. Saya akan menghuraikan di gred 11 dan ke atas.
  3. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya jelaskan bahawa skim yang saya pilih adalah skim N. Skim ini mempunyai bilangan penjawat awam yang ramai.
  4. Skim ini bermula dari gred 11 sehingga ke gred 36. Ada 10 lapisan gred. Ini bermaksud golongan ini mempunyai 10 peluang kenaikkan pangkat.
  5. Gaji permulaan di gred 11 adalah RM802 dan gaji maksima adalah RM2662 dengan kenaikkan tahunan berjumlah RM80 setahun. Gaji akhir ini adalah bersamaan dengan gaji permulaan di gred 32. 
  6. Secara umumnya seorang pegawai di gred 11 memerlukan 23 tahun untuk mendapat gaji maksimum pada skala.
  7. Perkiraannya adalah begini: gaji maksimum bukanlah gaji akhir. Selepas gaji maksimum, akan ada KGT yang bernilai 3% setahun.
  8. Jika seorang penjawat awam memulakan perkhidmatan pada usia 20 tahun, beliau akan mendapat gaji maksimum pada usia 43 tahun. Ertinya beliau masih ada 17 tahun untuk berkhidmat sebagai penjawat awam dengan menerima KGT 3% setahun.
  9. Ertinya masih ada kenaikkan gaji yang akan bernilai RM1720 sehingga penjawat awam itu berusia 60 tahun. Secara tidak langsung gaji sebelum bersara akan menjadi RM4382 sebulan. Itu untuk kes penjawat awam yang tidak naik pangkat sehingga pencen.
  10. Apabila pencen, penjawat awam tersebut akan menerima pencen berjumlah RM2630 sebulan iaitu sama dengan gaji maksimum pada tahun ke 23 beliau bertugas. Bayangkanlah bagi penjawat awam yang cemerlang dan sentiasa naik pangkat mengikut merit. Jadi...apa lagi yang penjawat awam mahu hingga ada yang menyokong pembangkang????
ADIOSSSSSS

No comments: