Search This Blog

Tuesday, November 12, 2013

PENJAWAT AWAM KINI


  1. Satu ketika dahulu menjadi penjawat awam, terutamanya guru begitu dihormati di Malaysia. Pada era 80an dan 90an, penjawat awam menjadi kerjaya bukan pilihan disebabkan gaji yang dikira rendah ketika itu.
  2. Pada masa itu kakitangan swasta menerima hampir 3 kali ganda gaji yang diterima oleh penjawat awam. Bagi tahap kelulusan ijazah pertama, penjawat awam hanya menerima sekitar RM1300.00 sebulan, sementara pegawai swasta menerima sekitar RM3800.00 sebulan.
  3. Ketika itu untuk membeli kereta baru terasa amat payah. Gaji bersih selepas ditolak duit sewa rumah, ansuran kereta dan sebagainya hanya cukup-cukup untuk belanja sekitar 20 hari. Maka, 10 hari terakhir begitu menyiksakan kepada penjawat awam.
  4. Sebelum SSB diperkenalkan, ada penjawat awam yang menerima kenaikkan gaji tahunan serendah RM5. Ada 4 kumpulan perkhidmatan iaitu A, B, C, dan D.
  5. Hari ini, tidak ada lagi penjawat awam yang menerima gaji kurang daripada 4 angka. Seorang Pembantu Am Pejabat boleh mempunyai rumah kos sederhana dan sebuah VIVA baru.
  6. Mulai November 2013, tidak ada lagi penjawat awam yang berada digred 1-10. Gred yang masuk dengan kelulusan sekolah rendah. Maksudnya, gred minima kakitangan awam hari ini adalah Gred 11. Gred yang mempunyai kelulusan SRP atau setaraf.
  7. Gaji pula mulai telah disemak dan selaraskan lebih daripada 5 kali dalam masa 20 tahun. Ertinya setiap 5 tahun, gaji penjawat awam akan disemak semula. Uniknya, setiap kali disemak, gaji penjawat awam akan meningkat.
  8. Peluang kenaikkan pangkat pula semakin besar. Memperkenalkan KUP adalah peluang terbaik untuk perkhidmatan tertentu naik pangkat. Sebagai contoh, semasa SSB diperkenalkan, hanya dua atau tiga guru akan berada di gred 2 (atau 48) di sesebuah sekolah. Kini, bilangan guru di gred 44 dan 48 hampir 50% disetiap sekolah.
  9. Kanaikkan pangkat secara lantikan juga mengalami perubahan mendadak. Pegawai Imigresen yang masuk di gred 17 boleh menamatkan perkhidmatan di gred 54. Begitu juga jururawat yang masuk di gred sokongan boleh dinaikkan pangkat sehingga ke gred 54. Malah telah ada seorang jururawat bertaraf JUSA C.
  10. Peliknya, semakin banyak yang diperolehi, semakin ramai penjawat awam yang secara terbuka menentang dan menolak kerajaan. Kita boleh melihat reaksi mereka di media baru atau di kedai-kedai kopi. Mungkin benar kalau ada yang menuduh, penjawat awam Malaysia memang tidak pernah bersyukur.
ADIOSSSSS

No comments: