Search This Blog

Sunday, November 24, 2013

PENJAWAT AWAM KINI 4


  1. Tanpa dapat dinafikan, dalam mana-mana organisasi jurang generasi sering menjadi masalah utama dalam pengurusan dan tadbirurus organisasi.
  2. Apabila kerajaan manikkan umur pencen sehingga 60 tahun, maka secara automatik perbezaan usia maksimum penjawat awam akan menjadi 42 tahun.
  3. Perbezaan usia 42 tahun ini akan menyebabkan terdapat hampir empat generasi dalam perkhidmatan awam iaitu Babyboomer, generasi X, generasi Y dan generasi Z.
  4. Babyboomer masih menebal dengan gaya old school. Dari segi gaya kepimpinan, cara berfikir, cara mengarah, dan cara menyelesaikan masalah.
  5. Generasi X lebih bersifat sederhana. Generasi ini membesar dan bersekolah dalam zaman penerapan nilai Islam. Maka, cara yang digunakan lebih bersifat lembut dan menyelesaikan masalah.
  6. Generasi Y lahir pada zaman perubahan dunia komunikasi. Kepesatan ICT banyak mempengaruhi generasi Y. Namun, golongan ini tidak terlalu terdedah dengan peralatan terkini.
  7. Generasi Z lebih sophistikated. Hidup, membesar dan sifat kebergantungan kepada alat amat besar. Tanpa alat ICT, makna kehidupan dalam generasi ini seperti hilang.
  8. Maka, di sinilah cabarannya perkhidmatan awam. Mengurang jurang yang terlalu besar. Sikap dan tabiiat setiap generasi akan mewujudkan kelompongan dalam perkhidmatan awam.
  9. Keadaan ini ditambah lagi dengan peningkatan usia persaraan. Maka, kemungkinan untuk 4 generasi berada dalam perkhidmatan awam semakin besar.
  10. Bidang pendidikan yang bergerak pantas pula akan menyebab rakyat Malaysia mampu memiliki ijazah pada usia 21 atau 22 tahun. Maka, kemungkinan 4 genrasi bermesyuarat bersama akan menjadi nyata.
ADIOSSSSSS

No comments: