Search This Blog

Sunday, December 1, 2013

PENGURUSAN EKONOMI NEGARA


  1. Jumaat lepas saya dijemput untuk menjadi moderator satu forum ekonomi di salah sebuat pusat latihan awam di Kuala Lumpur.
  2. Saya berpeluang mengenali Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail (Prof. Nazari), Ketua Jabatan Polisi dan Strategi, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, UM.
  3. Pada saya apa yang disampaikan oleh beliau hebat dan sangat tepat. Semuanya berdasarkan fakta dan data.
  4. Beliau mengukuhkan lagi hujah beliau dengan gambar dan video. Segalanya menyebabkan masa dirasakan berjalan terlalu pantas.
  5. Antara sedar atau tidak, forum yang sepatutnya tamat pada jam 12.00 tengah hari terpaksa dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah hari.
  6. Memandangkan forum tersebut dijalankan pada hari Jumaat, maka ada beberapa soalan yang terpaksa ditolak kerana kesuntukan masa.
  7. Namun saya percaya, para pendengar dapat merasakan ilmu dan pengalaman yang mengalir dalam dari seluruh diskusi tersebut.
  8. Tajuknya amat mudah iaitu Masalah Kewangan Sektor Awam di Amerika dan Eropah: Satu Pengajaran Kepada Malaysia.
  9. Prof Nazari turut menghuraikan tentang keadaan ekonomi di Jepun sebagai bonus dalam pembentangan beliau. Kemudian sesi soaljawab. Yang akhirnya menjadi panas dan mencairkan masa yang semakin sedikit.
  10. Untuk siri berikutnya saya akan menghuraikan satu persatu sebab dan punca kejatuhan ekonomi di tempat-tempat yang beliau sebutkan. Ikuti siri ini hingga tamat. Insyaallah, anda boleh membuat persediaan jika situasi yang sama berlaku di Malaysia.
ADIOSSSS

No comments: