Search This Blog

Tuesday, November 5, 2013

PRK SUNGAI LIMAU : MAKSUD KEPUTUSAN


  1. PAS sekali lagi membuktikan Sungai Limau milik PAS. BN sekali lagi tewas di Sungai Limau.
  2. Memang ada pengurangan majoriti. Namun itu tidak bermakna. Penduduk Sungai Limau memang telah sebati dengan PAS.
  3. Penduduk Sungai Limau dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak memilih pembangunan. Mereka tidak hairan dengan pembangunan.
  4. Di Sungai Limau, PAS adalah segala-galanya. PAS adalah pilihan yang tepat. Memilih BN akan mengurangkan nilai estetika Sungai Limau.
  5. Bayangkan di saat PAs penuh dengan kontroversi, Sungai Limau masih memilih PAS. Di saat kalimah Allah dipolitikkan. Ulamak diketepikan. PAS tetap pujaan hati pemilih Sungai Limau.
  6. Pada saya, biarkanlah Sungai Limau terus menjadi milik PAS. Biarkanlah Sungai Limau terus begitu. Apa yang ada di Sungai Limau, biarkanlah terus kekal sampai bila-bila.
  7. Sungai Limau tidak perlu dimasukkan dalam kalender kemajuan Negeri Kedah. Tidak perlu dimasukkan dalam agenda pembangunan Negeri Kedah.
  8. Pembangunan tidak dihargai di Sungai Limau. Orang Sungai Limau membuktikan, membenci BN itu lebih berbaloi dari mendapat pembangunan.
  9. Secara ekstremnya, Sungai Limau adalah contoh terbaik demokrasi. Cuma, terkadang, demokrasi menyebabkan kita membuat pilihan yang salah.
  10. Bila kita tersalah pilih, generasi akan datang yang menanggung akibatnya. Sungai Limau memilih untuk mengekalkan corak hidup begitu buat selama-lamanya. Biarkan Sungai Limau terus menjadi Sungai Limau.
ADIOSSSSS

No comments: