Search This Blog

Thursday, January 2, 2014

2014: TAHUN PENJIMATAN SEKTOR AWAM 3


    1. Salah satu langkah kerajaan yang saya sokong sepenuhnya adalah khidmat dan perlantikan perunding projek swasta diperketatkan. Malah, seandainya kerajaan berani menetapkan nilai kos projek untuk mendapatkan khidmat perundingan swasta, saya amat yakin tindakan itu akan benar-benar dapat menjimatkan perbelanjaan sektor awam.
    2. Kos perlantikan jururunding fizikal boleh mencecah sehingga 15% daripada jumlah kos keseluruhan. Kos ini pula dibayar atas perkhidmatan yang sebenarnya boleh dilakukan oleh penjawat awam.
    3. Perunding fizikal bermula dengan Juruukur Tanah, Kejuruteraan Civil dan Struktur, Kejuruteraan Mekanikal dan Eletrikal, Arkitek, dan Juruukur Bahan. 
    4. Bagi projek yang besar, perkhidmatan jurunding juga memerlukan Jururunding Arkitek Landskap dan Jururunding Perancanganan Bandar.
    5. Bayangkan berapa banyak kos yang perlu dibayar untuk semua khidmat perundingan fizikal tersebut. bayangkan juga, berapa banyak mesyuarat yang perlu dihadiri oleh seorang kakitangan awam sebelum sesuatu projek boleh dimulakan.
    6. Untuk perkhidmatan ukur tanah, kerajaan sebenarnya telahpun mempunyai Jabatan Ukur dan Pemetaan. Saya yakin, dengan transformasi sektor awam, jabatan ini mampu membuat kerja-kerja ukur untuk semua projek kerajaan.
    7. Untuk kerja rekabentuk Arkitek, Struktur, Kejuruteraan, dan Ukur Bahan, kerajaan telahpun memiliki Jabatan Kerja Raya. Dengan pengurangan mesyuarat dan pengurusan yang berkesan, saya amat yakin, semua kerja rekabentuk ini dapat dilakukan oleh JKR dengan lebih berkesan. 
    8. Satu bentuk sistem perlu diperkenalkan sebagai sumber rujukan semua rekabentuk pembangunan sektor awam. Rekabentuk baru akan merujuk kepada rekabentuk yang telah berjaya. Maka, tempoh untuk menyiapkan sesuatu rekabentuk akan menjadi lebih singkat.
    9. Prosedur kerja perkhidmatan awam juga perlu berubah. Kakitangan teknikal perlu lebih berada di lapangan berbanding berada di pejabat. Pengurusan mesyuarat pembangunan fizikal perlu dikaji semula.
    10. Langkah ini akan menjamin pembinaan pengetahuan yang kukuh di kalangan kakitangan teknikal sektor awam. Penjimatan 2014 ini akan berterusan, dan rakyat akan mendapat faedah daripada penjimatan ini.
Tunggu sambungan Siri 4

No comments: